Kawan-kawan

Carian

Selasa, 9 Ogos 2011

Bazar Ramadhan Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.

05 Ramadhan 1432H / 05 Ogos 2011


Assalammualaikum dah Hi buat kawan-kawan. Selepas entry Bazar Ramadhan yang pertama kami lawati iaitu Bazar Ramadhan @mart Kempas, dan Bazar Ramadhan ke-2 yang kami lawati iaitu Bazar Ramadhan Gelang Patah, kali ini kami ingin berkongsi berjalan-jalan di Bazar Ramadhan Bandar Baru Uda (BBU) , Johor Bahru pula. 

Bazar Ramadhan BBU terletak di Jalan Padi Mahsuri 12. Lebih senang lagi dekat MPC atau Bangunan Hijau. Agaknya apa yang best di sini?


Macam-macam ada, Nasi campur, Murtabak,Kuih Muih, Ayam Bakar, Ayam Percik, Ikan Bakar, Pelbagai Sup & Bone Steak, Air dan  Mat Corner Nasi Ambang  ( Famous di BBU) pun ada.

Tak nak banyak cerita, Gambar di bawah menceritakan segalanya. 
Jalan Padi Mahsuri 12

Deretan gerai

Gerai jual rojak

Pelbagai kuih bakar

Tengok tu ayam bakar di atas pemanggang

Pelbagai kuih muih.

Mat Corner Nasi Ambang

Pan & Abang2 sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan

Di Bazar Ramadhan BBU ini, kami beli Roti John Daging RM 5.00, Kuih Popia Basah 5 biji RM 2.00 Kuih Cream Puff 6 biji RM 2.00 dan Air Mata Kucing, Air Kelapa & Air Teh Bunga RM 1.00 setiap satu.
  Baiklah, sampai sini sajalah cerita Bazar Ramadhan BBU, Johor Bahru ini. Jumpa di entry akan datang dengan Bazar ramadhan di tempat lain. Sekian

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget