Kawan-kawan

Carian

Ahad, 1 Ogos 2010

Bukit Bendera, Pulau Pinang.


Permandangan Bukit Bendera, Pulau Pinang
26hb Oktober 2010


Ni nak cerita pengalaman aku ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Masa ni aku & Saki baru habis kursus di NAFISH. Masa nak balik ke Johor, Aku tumpang kereta Saki. Masa balik tu Saki memberi tahu aku dia & isteri nak ke Bukit Bendera dulu sebelum balik. Kira aku tumpang sekaki lah...

Bersedia nak masuk

Sampai je di kawasan Bukit Bendera tu, masa perjalanan nak ke kaunter jualan tikit, kami sempat lah ambil beberapa gambar. Setelah tu kami pun membeli tikit untuk manaiki keretapi tu. Huu... ni pengelaman aku 1st time di sini. Tikit RM4 (Pergi &balik). Bila kami naik keretapi masa tu, ok lah, kami dapat tempat duduk. Ramai juga yang naik ke Bukit Bendera ni.




Tiket Keretapi Bukit Bendera

Aku, Saki dan Isteri Saki menunggu keretapi datang
Permandangan dari dalam keretapi






Haa... dah pun sampai. Bila sampai je, huuu... terasa dingin & nyaman udara di atas tu. Pemandangan pulak, kita boleh melihat beberapa lokasi dari atas tu seperti Butterworth, Jambatan P.Pinang, Pulau Aman, Pulau Jerejak dan South Channel. ha... Cantek... 







Baru sampai stesen puncak
Permandangan & kawasan
bersama papan tanda :')










Di atas tu macam-macam ada, ingatkan atas bukit tu kecil je, rupanya luas. antara tempat menarik yang ada di atas tu ialah Teh Kios, Pavilion, Masjid, Pejabat Pos, tempat makan, kedai cenderahati dan macam-macam lagi.



Bonsai
Gerun tak?
Dekat atas tu aku sempat lah beli beberapa cenderahati untuk keluarga dan kawan2 di pejabat. macam biasa lah, aku belikan t'shirt bercetakan mercu tanda P.Pinang. Setelah selesai membeli cenderahati, kami pun turun. Masa nak turun tu kami terpaksa berhimpit kerana penumpang ramai lah pulak. nak buat macam mana, da namanya tempat orang ramai berkunjung, kena hari minggu pulak tu...





di atas ferri


Selamat jalan pulang.....
Semasa kami turun, kami pun singgah di kedai2 dibawah tu untuk mencuci mata dengan barangan2 yang dijual.... selamat kami beli di atas tadi. dah puas cuci mata kami pun ke kereta untuk pulang. Saki memilih untuk menaiki ferri untuk pulang. Ni lagi satu pengelaman aku naik ferri. kalau tak, tengok kat tv je le. Masa tu jalan jamm. Kami tunggu turn rasanya 40min ade kot. Tapi dah nak rasa naik ferri nak buat macam mana, kena lah bekorban masa sikit. bila sampai giliran, Saki pun memandu ke dalam ferri dan parking. Kami pun keluar dari kereta untuk menikmati pemandangan di atas ferri semasa bergerak. perjalanan ferri mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sebelah sana.Bila sampai ke darat, Saki pun terus memandu ke Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget