Kawan-kawan

Carian

Khamis, 8 Mac 2012

Bharat Tea, Cameron Valley. Cameron Highland. Malaysia.

Hai kawan-kawan. Hari ini 08 Mac 2012 (Khamis) kami di Cameron Highland. Perjalanan bermula dari jam 9 malam tadi bertolak dari JB. Melalui PLUS, kami sampai di exit Simpang Pulai, Perak, pada jam 5.15 pagi. Jadi kami ambil peluang untuk melelapkan mata sekejap. Jam 7.30pagi kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu, kami bersarapan di warong tepi jalan yang terletak berhampiran dengan Pejabat Pos Simpang Pulai.


Kami ke Cameron Highland ini bersama dengan adik (Ain & Rahim) Setelah selesai bersarapan, kami pun bertolak ke Cameron Highland. kami tiba di Brinchabg lebih kurang jam 11 pagi. Nak Check in kena tunggu Jam 2 petang. jadi kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda dulu. Suhu di Brinchang tadi rasanya bawah 20 darjah sebab memang kabus dan kami bernafas pun keluar haba sejuk. tambah dengan hujan pula. perghhh... dingin.



Bharat Tea, Cameron Valley

Nak masuk kedai


Tempat yang kami pergi ialah Bharat Tea, Cameron Valley. Menu yang kami cuba ialah Set Cardamon Tea 4 cup dan sepotong Strawberry Cheese cake. harga bagi set cardamon Tea 4 cup ialah RM 18, dan Strawberry Cheese cake pula sepotong RM 7.50. 



Set menu yang kami cuba

Smile

Jemput minum

Berlatar belakangkan ladang teh

Ladang teh

Setelah selesai menikmati Set Cardamon Tea 4 cup dan sepotong Strawberry Cheese cake.kami terus ke penginapan lebih kurang jam 1.45 petang. Sejuk, Kabus tebal. Permandangan dapat di rakam seperti gambar di bawah.

Check in, Kabus tebal
Jadi, kami dah check in. Nak rehat sebentar sambil updated blog ini. nanti kami akan post kan cerita terbaru di Cameron Highland. Sekian. Jumpa nanti....

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

  1. oh. best kan permandangan kat bharat ni kan? minuman pun okey. hari tu saya pergi, makan nasi lemaknya. pun sedap juga. :) servis pun okey. :) berbaloi lah.

    bertolak malam juga ye. saya pergi bertolak malam juga, pukul 11 mlm sampai dlm pukul 7 pagi. tapi masa tu naik cameron ikut tapah. jln mencabar juga lah. hehe. :) tapi balik ikut simpang pulai.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...