Kawan-kawan

Carian

Selasa, 7 Julai 2009

Pancing di bawah jambatan link ke-2 Malaysia-Singapura

Aku & kawan2 naik bot dari Kg Pendas


Ni pengelaman memancing di bawah jambatan link ke-2. Masa ni tangkapan tak memberansangkan. Dapat anak2 ikan je. Tu pun,Gerut gerut dan Bolos- bolos sahaja. Keadaan di bawah ni agak bahaya sikit dan tiada kemudahan seperti tandas dan tempat duduk.Hanya flatform untuk bertapak. bagi aku,  kaum wanita tidak sesuai ke sini kerana masalah apabila mereka memerlukan tandas.


Faizol & 2 rakannya
Pada masa ni, aku pergi bersama Faizol dan kawannya. Untuk ke bawah jambatan 2nd link, kami perlulah menaiki bot dari Kg Pedas yang menyediakan perkhidmatan menghantar ke flatform bawah jambatan dan balik. Perkhidmatan ini diuruskan oleh Pak Ngah penduduk di Kg Pendas ni. Caj yang dikenakan sebayak RM 10 seorang (Pada masa ni) sekarang tak tau lah sama ada dah naik ke belum. Bayaran akan diminta semasa balik ke daratan.



Dapat anak Gerut-gerut
Semasa kami memancing di sini, nasib kami kurang menyengat. Kami hanya bapat naikan anak2 ikan sahaja seperti Gelama,Bolos-bolos dan Gerut-gerut dan Duri.Agaknya kami salah pakai saiz mata kail & umpan kot. Jadi, dah rezeki tuhan nak bagi macam tu. Syukur....
Sebelah sana tu... Singapura






Hasil tangkapan. Gerut-gerut, Bolos-bolos, Gelama & Duri
Setelah kami agak letih menunggu ikan bersaiz besar tak kunjung tiba di mata kail kami, kami pun mengambil keputusan pulang di waktu petang. Kami pun telefon Pak Ngah untuk datang mengambil kami. Sampai je bot, kami pun balik. 


1 ulasan:

  1. Salam tuan.. mcm best je port ni.. bopeh bagi no pak ngah tu tak? mcm mana nak pegi kg ni ye? saya dari KL.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...