Kawan-kawan

Carian

Khamis, 16 Februari 2012

Nasi Lemak Pattaya @ Bungkus, Kg Limau Manis.

Hi kawan-kawan, last week ( 09 Februari 2012 ) kami ade kursus di Putrajaya. Jadi, sebelum kursus, kawan kami Paan ajak sarapan. Katanya kita makan nasi lemak sedap. Jadi, kami terus pergi. Lokasinya kata Paan di Kg Limau Manis. Dekat dengan Putrajaya. Kami google Kg Limau Manis ni, ianya terletak di kawasan Dengkil, Selangor.



Ni dia rupa Nasi Lemak Pattaya @ bungkus seperti gambar di bawah. Setnya Nasi Lemak yang dibungkus dengan telur goreng, Sambal tumis, seekor ikan masin bulu ayam goreng dan sehiris timun. Rasa ok, cuma presentation dia je yang unik. ni 1st time aku jumpa Nasi Lemak Pattaya. Harga berpatutan. harga tepat kami tak pasti, rasanya dalam RM 2.00 @ RM 2.50 lah. Sebab masa tu kami order 4 set nasi lemak ni, sekeping roti canai dan 4 glass air, Tokey kedai kira cuma RM 14 lebih je. 


Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

  1. Kat mane yerr..leh lokasi kedai tak? Kg tu tahu larr

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...