Kawan-kawan

Carian

Isnin, 16 Julai 2012

Asam Pedas Mak Limah, Batu Pahat. Terbaik.

Apabila sebut pasal makanan, Batu Pahat Johor memang terkenal dengan dua menu istimewa iaitu Asam Pedas dan Nasi Beriani. Tapi kali ini kami nak kongsikan menu Asam Pedas di Kedai Makan Selera Murni atau lebih dikenali Asam Pedas Mak Limah di daerah Batu Pahat, Johor ini.


Apa yang istimewa berkenaan Asam Pedas di sini? Kalau nak tahu, Menurut sumber orang tempatan di sini, Kedai ini hanya akan menjual Asam Pedasnya jika ia mendapat bekalan ikan baru. Di sini hanya mengunakan ikan baru sahaja. Kalau bekalan ikan baru tiada, pemilik kedai tidak akan buka kedainya. Kebiasaannya kedai ini dibuka pada waktu pagi lebih kurang jam 7.30 pagi hingga ikan habis (Kebiasaannya sebelum jam 2 petang ikan dah habis). Tutup pada hari Jumaat & jika bekalan ikan baru tiada.


Rasa Asam Pedas di sini memang sedap dan ada rasa yang tersendiri. Untuk harga Asam Pedas Ikan Merah seperti gambar di bawah ini hanya RM5 sepotong. Manakala harga Asam Pedas Kepala Ikan Merah pula kalau tidak silap RM25 satu kepala seperti gambar di bawah.

Di mana letaknya Kedai Mak Asam Pedas Mak Limah? Alamatnya di No 3, Jalan Tay Kim Piaw. Batu Pahat, Johor.
Asam Pedas Ikan Merah
Kedai Asam Pedas Mak Limah
Makcik sedang menyediakan Asam Pedas
Asam Pedas Kepala Ikan
Menu Lengkap


Jika anda ke Batu Pahat, jangan lupa untuk mencuba Asam Pedas Mak Limah ini. Sekian,
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

  1. Terima kasih sudi sharing.. bole cargas ke tempat nie bila balik bee pee nanti

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...