Kawan-kawan

Carian

Rabu, 23 Februari 2011

Piknik Malam di Tg Dawai, Kedah.

18 Februari 2011, Jumaat
Tg Dawai, Kedah.
 
Kesempatan pulang ke kampung di Alor Setar, kami sekeluarga sempat melakukan aktiviti riadah bersama keluarga iaitu piknik malam di persisiran pantai Tg Dawai. Kami sekeluarga bertolak dari Alor Setar pada jam 6.00petang dengan menaiki 2 buah kenderaan. Kesemuanya 7 orang. Lebih kurang 45 minit, kami pun singgah di rumah Pak Lang di Singkir, Kedah. Kami pergi bersama-sama keluarga Pak Lang. Dari rumah Pak Lang lebih kurang 5 minit sampai lah di Tg Dawai. 


Tini, Ipin & Abah
Nurul, Ipin & Ila
Aktiviti menjala ( Gambar gelap)
Setibanya tiba di Pantai Tg Dawai, kami pun mengambil tempat untuk membentangkan tikar. Masa kami sampai air masih surut lagi, dijangkakan jam 10.00 malam baru air pasang. Aktiviti utama di sini ketika malam ialah orang ramai menjala udang. Memang ramai orang menjala, dah macam pesta. Tapi aku mengambil kesempatan untuk memancing @ mengail. Memang aku dah stanby 2 batang joran aku dari Jb. Umpan guna umpun-umpun.

Persiapan
Penantian
Hasilnya
Lebih kurang jam 9.30 malam, aku & Emi pun memulakan sesi mengail. Hasil pertama & kedua  Emi dapat iaitu anak Ikan Sembilang & anak ikan Duri. Lama menunggu,baru lah dapat anak ikan Duri kecil saisnya. Tak lama kemudian barulah dapat hasil yang agak besar, tapi apakan daya, dapat ikan Blukang beratnya lebih kurang 400g. Ni lah gambarnya.Lebih kurang jam 1.30pagi baru lah kami siap berkemas untuk  pulang ke rumah.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget