Kawan-kawan

Carian

Ahad, 13 Februari 2011

pergola kayu ponak & atap policarbonet untuk pokok anggurku

Salam. Post ni kesinambungan dari post anggur 2nd batch sebenarnya. Semasa anggur pertama dah dipetik, aku angkat pergola bergerak aku tu jauh ckit dari ruang tingkap berhampiran dengan pagar, masa tu agak payah juga lah nak mengangkatnya. Maklum lah ,walaupun pokok dalam pasu, berat pasu & lingkaran dahan pokok anggur kenalah adjust sikit-sikit supaya tidah patah. Setelah diubah kedudukan, aku pun buanglah mana-mana ranting & daun yang mati kekeringan. Lepas tu lah putik anggur 2nd batch berputik. Walaupun 2 putik, tapi banyak buahnya dari yang pertama. Tujuan pergola & pokok anggur ni diubah sebab aku nak bina pergola baru untuk mereka ni.


Kayu 2nd Hand

Kerja-kerja pembinaan pergola ni sebenarnya dwi fungsi iaitu sebagai soyok orang katalah & sebagai tempat anggur melingkar. Kayu yang dipakai jenis kayu Ponak (2nd hand) & atapnya guna polycarbonate transparent. Kos kayu dalam lingkungan RM400. Dan atap polycarbonet ni agak mahal harganye. Dia kira RM4 sekaki persegi. Kos untuk atap polycarbonate ini hampir RM1K.

Kayu di gosok dengan kertas pasir mengunakan grinder

 Kerja-kerja pembinaan ini dibuat bersama dengan ayah aku. Maklumlah, kalau guna kontraktor tak tau lah upahnya berapa. Dengan pengalaman menukang yang sedikit, kami pun mulakan pertukangan seperti di dalam gambar ini. Kerja-kerja memasang rangka kayu ni makan masa 2 hari.

Thinner, Syelek & Berus

Kemasan kayu dengan syelek

 Lepas je selesai ketam kayu ni, proses kedua ialah aku mengemaskan kayu ni dengan menyapu syelek. Perghhh, baru lah Nampak macam kayu baru. Selesai menyapu syelek & Kering, proses menaikan atap pun dijalankan. Ni lah proses yang paling letih sekali. Maklumlah, kena panjat, tetap aku redahi dengan cekalnya. Hampir 7 – 8 jam juga lah menyiapkan pasang atap ni walaupun 8 keping je.


Rangka yang siap dipasang
Rangka yang siap dipasang

Rangka yang siap dikemaskan dengan syelek & atap polycarbonate
Untuk dahan pokok anggur merayap, aku cuma guna dawai besi yang aku buat seperti digambar. 

Beginilah pokok anggurku di rayapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget