Kawan-kawan

Carian

Isnin, 11 Ogos 2014

Mengail Puyu Dan Haruan Bendang, Alor Setar.Kedah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Raya ke 5 (Raya 2014)  kami baru balik ke Alor Setar untuk beraya. maklumlah, tahun ni giliran beraya di Johor. Macam biasa lah, aktiviti petang di Alor Setar, Kedah ni, Mengail Bendang lah diwaktu petang, kebiasaannya kami turun lebih kurang jam 5 petang hinggalah jam 7 malam atau selewatnya, dengar azan Maghrib.

Kali ni kami mengail di port kegemaran kami sekeluarga. Di kawasan Rumah Pam (MADA) WNS N2 nama kg ni kami tak pasti pulak, cuma jalan dia, dari jalan alor setar - Kuala Kedah, lepas je SMK Tun Sharifah Rodziah sebelah kiri kita, dan nampak RTM Alor Setar sebelah kanan kita(seberang Jalan), Kita masuk lorong kiri (sebelum trafik light Taman Pelangi tu). lorong ni boleh jumpa Kg Teluk Bagan Tengah dan sebagainya. Ada gambar peta tu, bolehlah jadi panduan.

-->
Ni ada beberapa keping gambar dan video youtube masa kami mengail Puyu dan Haruan Bendang. Sila layan...

Kawasan Rumah Pam MADA ni lah...
.
Kawasan anak panah merah tu...
.
Ikan Puyu
.
Ikan Haruan
.
Hasil mengail bendang
. .  Di bawah ni post memancing kami di bendang juga, tengok lah, klik je.


Baik lah, Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen. Jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget