Kawan-kawan

Carian

Ahad, 1 Ogos 2010

Cameron Highland 2nd time

08 Jan 2010
 
Pada masa ni, kami on the way balik ke Alor Setar. Rancangan masa tu abah ajak bercuti ke Langkawi. Tapi aku cadangkan kita pergi Cameron Highland je sebab keluarga di Kedah pun belum pergi situ. Plan punya plan, kami pergi pada tarikh ni. Kami rancang bertemu di exit Simpang Pulai. Aku & Tini gerak dari Johor. Abah, Emak, Ila & adik Nurul datang dari Alor Setar. Abah sampai dulu di Exit Spg Pulai. 40min lepas tu baru kami sampai. Kami menaiki CH dengan sebiji kereta sahaja. Kereta abah, kami minta bantuan kawan kami Asrul (Yol) yang bekerja di Makmal Veterinar di Ipoh untuk menumpang parking kereta buat masa 2 hari. Jadi, lebih mudah kami ke CH dengan sebiji kereta sahaja.  Penginapan kali ni aku menempah 2 bilik Rumah Peranginan BPH untuk 2 hari. Ok lah… Bilik besar dan selesa… tapi rumah peranginan BPH ni untuk kakitangan kerajaan sahaja yang boleh tempah. 


Setelah kami menumpang parking kereta abah pada Yol, kami pun mulakan perjalanan, langkah pertama kami pergi ke mini market untuk membeli makanan sampingan seperti roti, jem, mee segera,  jajan (snek makanan ringan) & beberapa botol air mineral. Bukan apa, masa aku & Tini pergi ke CH yang lalu… makanan di CH agak tinggi ckit harganya dari biasa. Siap membeli belah, kami pun mulakan perjalanan. Perjalanan kali ni aku drive lagi perlahan sebab kereta penuh. Perjalanan mengambil masa sejam lebih. Mak hampir pening… tapi bila tengok orkid liar di tepi-tepi jalan tu sepanjang perjalanan… tu dia! Macam nak ambil je katanya… ok lah. Aku terus ke rumah peranginan BPH sebab dah pukul 4.50ptg takut pejabat BPH tu tutup.Sampai je kami daftar masuk.

Permandangan Rumah Peranginan BPH

Pintu masuk Rumah Peranginan BPH

Tini & Ros
Kami pun masuk ke bilik yang ditempah. Bila masuk bilik je, aku tengok bilik yang abah duduk ade pintu ke bilik sebelah. Haa.. aku terus ke kaunter pendaftran menanyakan bilik yang bersambung dengan bilik abah masih kosong atau tidak. Alhamdulillah, masih kosong dan kami diberi tukar bilik. Haa… baru lah puas bila dapat bilik bersebelahan.. barulah boleh dikatakan percutian bersama keluarga. Kami pun kemas-kemas barang dan berehat. Sambil berehat, kami berbincang perjalanan dengan mak & abah. Bukan ape, nanti tak lah pening. Sebelum tu kami makan masakan mak bawa dari Kedah. 
Di Pasar malam Brinchang

Plan kami ialah pada petang ni (Khamis) kami survey je ape2 yang hedak dibeli di kedai/farm disekitar. Hari jumaat kami bercadang ke Ladang Teh, Mardi, Kawasan Tanah Rata, Ladang Strawberry dan pasar malam. Dan hari terakhir (Sabtu) hari membeli apa yang disurvey dan balik ke Alor Setar.


Khamis, Petang. Kami keluar ke kedai/farm disekitar. Tempat pertama kami pergi ialah Uncle Sam Farm. Wah… Tempat yang aku paling suka di CH ni. Masuk je kami terus ke taman untuk melihat pokok2 menarik. Hmmmm… yang paling pusing2 mak leh. Maklum lah orang2 perempuan ni bile dapat tengok pokok bunga. Tapi aku & Tini da pesan dengan mak kita survey je, masa nak balik baru beli. Lebih kurang sejam kami pun keluar untuk ke tempat lain. Dalam perjalanan kami singgah di Caktus velly pulak. Macam biasa, Mak menyurvey pokok2 bunga. Siap survey kami pun gerak balik sebab hari dah gelap.
Malam tu kami tak jalan2. Cuma aku & tini keluar cari makanan. Ila dan adik Nurul ikut kami, Abah & Mak penat, malas nak makan luar. Kami membeli nasi goreng kampung & mee goreng di warung mamak di Brinchang dan Satey di Gerai makan MARA. Sudah selesai beli, kami pun balik. Perut dah lapar ni.. Sampai bilik je, aku susun rak untuk dijadikan meja makan. Mak hidang, Ila masak air, Tini buat air kopi strawberry. Kami pun Makan ape yang dibeli. Walaupun masakan disana tak seberapa, bila dah makan dengan keluarga terasa berselera..

Makan malam di dalam bilik

Jumaat, kami bangun tidur awal pagi. Sarapan kami makan roti dan jem sahaja. Rancangan pagi ni kami akan ke ladang teh. Kami keluar dalam pukul 10.00pg.Setibanya sampai di ladang the, kami pun mencari tempat2 menarik untuk mengambil gambar. Setelah ambil gambar di beberapa tempat, kami pun ke Boh Teh Center Sg Palas . Banyak pengetahuan yang kami dapat tentang teh dari pokok, proses hingga teh tang siap untuk diminum. Di situ, kami sempat melawat kilang memproses teh, Galley dan Kafe… Tapi kami tak minum le disitu.Waktu menceburui kami. Waktu tengahari kami pulang ke rumah peranginan.


Suasana ladang teh di Sungei Palas


Jarak dekat di ladang teh
Pengumpulan daun teh yang dipetik
Ape tu....
Cepat, nak tangkap gambar ni..
 
Tuuu Diaa......
Di galeri Boh Teh Center Sg Palas

Petang jam 3.00ptg kami pun ke destinasi seterusnya ke MARDI. Masa tu hujan renyai2. Kami redah jer… tiket masuk untuk orang dewasa RM3. Huuuhhh… luas kawasan MARDI ni. Macam2 pokok yang ditanam disini. Ade Taman Ros, Pokok Anggur, Ladang Strawberry, Orkid, Pokok Apel dan terbaru yang MARDI segang usahakan Taman Dapur. Pada masa ni mereka baru je setup/tanam pokok di kawasan Laman Dapur tu. Haa… agak berbaloi lah kami ke stesen MARDI ni. Walaupun masuk dikenakan bayaran. Jam 5.00ptg kami keluar dari MARDI dan jalan2 sekitar Tanah Rata. Seterusnya kami ke Pasar Malam di Brinchang untuk membeli Makanan makan malam dan barangan cenderahati untuk dibawa balik kerana hari esok kami akan pulang balik. Malam, kami pun makan ape yang dibeli di pasar malam. Aktiviti malam kami hanya berkumpul di dalam bilik sahaja.

Rumah cottage di Stesen MARDI Cameron Highland
Smile...
Taman Dapur yang baru di bangunkan/setup
Cantek..
Di taman ros
Wangi..
Sabtu, Hari terakhir. Kami bangun pagi dan bersiap bagi menjalani agenda terakhir. Kami  siap2 dan daftar keluar sebab kami akan terus jalan balik melalui jalan Kg Raja ke Simpang Pulai. Kami singgah kesemua tempat untuk membeli pokok yang sudah disurvey. Bermula dari Uncle Sam Farm, Caktus  Velly dan Pasar tepi jalan tu.Aku sempat beli 2 pasu pokok anggur jenis Isabella kot sebab aku tengok daun lain dari pokok anggur yang aku beli pada lawatan yang lepas. Tini beli 2 pasu pokok. Mak pun masih confuse nak beli bunga ape sebab rambang mata. Tu dah survey 2hari sebelum membeli. Kami singgah di pasar tepi jalan tu, Abah beli buah Strawberry pesanan kawan2 die. Selesai  kami pun terus pulang balik. Dalam perjalanan kami singgah membeli petai yang dijual oleh orang asli di situ. Untuk makluman, petai di situ tak berbau apabila dimakan. Setelah sampai di Ipoh, kami pun ke Makmal Veterinar untuk mangambil kereta abah dan teruskan perjalanan ke Alor Setar.

Di Caktus Velly


Masih memilih pokok yang hendak dibeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget