Kawan-kawan

Carian

Rabu, 19 September 2012

Anggur IAC di rumah kami.

Hmm... dah lama tak buat entry pasal anggur. Semalam ( Selasa, 18 September 2012) sempat ambil gambar pokok anggur kami. Ni dia ( gambar di bawah ) pokoknya. Sebenarnya 2 bulan lepas (seminggu sebelum puasa) kami telah prunning pokok ni. Setelah 2 bulan, beginilah jadinya, merimbun daunnya.
Tengok tu, tiang pergola mini kami, dah condong ke kiri. Punyalah berat agaknya daun, ranting dengan dahan pokok anggur ni. InsyaAllah, kalau ade rezeki dan kelapangan, tahun 2013, kami akan cuba bina pergola baru untuk pokok anggur ini. Petang semalam, sempatlah kami trim sikit dahan yang dah mengelembai merayap di sebelah kanan dan kiri pokok. nak bagi gergola stabil sikit. maklumlah, dah macam nak roboh.

Rimbunan pokok anggur kami.

Mari kita intai-intai, selak-selak, belek-belek disebalik rimbunan daun anggur ini.Jom kita lihar gambar di bawah. Kesemuanya yang ada dalam gambar sebanyak 6 jambak. yang lain-lain jambaknya tak banyak buah, kami tak ambil gambar. Alhamdulillah rezeki. InsyaAllah, lagi sebulan atau Raya haji Aidiladha nanti masak ranum lah ia.

Jambakan anggur IAC.
Jambakan anggur IAC.

Jambakan anggur IAC.

Jambakan anggur IAC.
Oklah, sekian sahajalah cerita pasal pokok angur di rumah kami ini. Nanti kalau ada entry menarik, InsyaAllah akan kami post dalam blog terajubintang7 ini.
Sekian, Terima kasih.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Mungkin anda ingin baca entry terajubintang7 berkenaan anggur di slot pokok anggur.
      Semai pokok anggur keluar putik bunganya.
      Pokok Anggur kami dalam proses pemulihan.
      Anggur: pemangkasan (pruning) untuk pembungaan & pembuahan. 
      Anggur untuk kawanku di Mersing, Johor . 
      Anggur:pembajaan untuk pembungaan. 
      Gambar terkini hasil anggur 3rd batch
      Anggur 3rd batch
      pergola kayu ponak & atap policarbonet untuk pokok anggurku
      Anggur 2nd batch
      Anggur Berbuah
      Anggur & Pergola
      Ladang Anggur Tasik Beris

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...