Kawan-kawan

Carian

Khamis, 6 September 2012

Pancing di Bendang Sawah Padi Kawasan Kangkong, Kedah.

Balik cuti Raaya Aidilfitri 1433H/2012 ke Alor Setar yang lalu, sempatlah kami meluangkan masa untuk mengail di tali air / sawah bendang kawasan sekitar Alor Setar ini pada hari Rabu, 29 Ogos 2012. Pada entry memancing yang lepas, kami telah memancing di kawasan Kg Teluk Bagan, Alor Setar. Kali ini kami mengail di kawasan Kangkong Kedah, pula. Kami mula mengail lebih kurang jam 5.20 petang sehingga jam 7.00 petang. Waktu dekat maghrib kami balik lah. Hmmm...  Di bawah ada beberapa gambar hasil tangkapan kami. Bak kata Yuna, ."....Setiap gambar ada cerita."  


Tangkapan Puyu pertama Esa
Tangkapan Puyu pertama Tini
Nurul dapat Haruan
Mari mengail
Dari hujung kiri.......Emak,Nurul & Tini
Lokasi kali ini di kawasan Kangkong, Kedah. Tapi lebih tepat lagi berhampiran Rumah Pam WMS N6 (MADA). Nama kampung ini kami tidak pasti, kalau anda tahu atau biasa dengan Rumah Pam WMS N6 ini. Walaubagaimanapun, kami cuba lihat di google map, kami rasa ia berdekatan dengan Kampong Hj Jamal. Sekiranya kami silap, sila betulkan di ruangan komen di bawah.
Lokasi mengail
Rumah Pam MADA
Hasil selam kami ngail lebih kurang sejam setengah ini, ini lah hasilnya. Sekor anak Haruan, dan 27 ekor Puyu. Alhamdulillah, boleh buat lauk.
10 ekor Puyu bersaiz besar dan sekor Haruan
17 ekor Puyu bersais kecil


Sampai sini sahajalah cerita kami kali ini berkenaan Pancing di sawah bendang. InsyaAllah sekiranya kami berkesempatan mengail lagi di sawah bendang, kami akan pos lagi cerita di blog terajubintang7 ini. Sekian. Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget