Kawan-kawan

Carian

Khamis, 27 September 2012

Why Maybank should give me tickets to Legoland.

25hb, gaji dah masuk. Seperti biasa, kena bayar bil-bil elektrik, air, PTPTN dan sebagainya. Dengan kemudahan yang ada sekarang, aku bayar guna perbankan atas talian 'online' sahaja. Jadi, aku pun layarilah Maybank2u untuk melakukan transaksi bayar bil-bil tersebut. Maklumlah, gaji masuk di akaun maybank. Mudahkan! tidak perlu pergi jauh dan tidak perlu beratur. Terima kasih maybank kerana menyediakan sistem yang membuatkan urusan kami lebih mudah.

Buka sahaja Maybank2u.com.my, nampak pulak iklan ni Maybank-Legoland Bloggers Contest. Aku pun klik lah untuk maklumat lanjut. Oh! rupanya Maybank mengadakan pertandingan untuk blogger-blogger malaysia dengan cara buat satu blog entry berkenaan "Why Maybank should give me tickets to Legoland" dan boleh menang tiket percuma pulak. Ini sudah bagus! Maybank dah bagi peluang, Kita kena cuba lah.

Seperkara lagi yang aku maklum, Maybank telah menjadi bank peruncitan rasmi di taman tema Legoland ini selama lima ( 5 ) tahun. Wah! berkembang dan bertambah maju lagi Maybank selepas ini. Maklumlah, lepas ini warga pelancong dari pelbagai pelusuk dunia akan kenal janama Maybank ini apabila mereka datang ke Legoland Malaysia ini. Tahniah Maybank.


Cerita pasal Legoland pulak, sebenarnya pengelaman aku dengan permainan Lego ini boleh dikatakan kosong lah. Tiada apa-apa. Masa zaman kanak-kanak dahulu, tiada peluang nak dapat mainan lego ini dari ayah. Maklumlah, tahap kewangan ayah tidak mengizinkan untuk membeli mainan untuk kami 5 beradik. Apakan lagi Lego. Cuma apabila sudah bekerja di Gelang Patah, Johor ini, jalan ke Legoland menjadi laluan aku apabila aku ada urusan di bandar. Sebenarnya aku dan isteri ada berkunjung sekali ke Legoland pada petang hari Sabtu, 08 September 2012 lepas. Masa ni, Legoland belum dirasmikan lagi. Dalam perjalanan masuk, aku lihat ramai kanak-kanak berjalan keluar sambil masing-masing membawa beg Maybank. Rupa-rupanya Maybank ade buat event pada hari tu. Dalam hati terdetik, 'kalaulah Maybank boleh bagi aku tiket masuk macam kanak-kanak ini, seronoknya'. Kami datang pun dah lewat petang, kaunter dah tutup. Masa itu, kami hanya duduk di perkarangan pintu masuk Legoland sahaja sambil mengambil beberapa keping gambar.


Jadi, diharap dengan adanya pertandingan Maybank - Legoland Bloggers Contest ini, adalah sedikit peluang untuk aku cuba nasib. Manalah tahu ada rezeki. kalau menang bolehlah bawa isteri masuk ke Legoland bersama. Tambahan pula, aku merupakan pelanggan Maybank merupakan alasan yang kuat untuk Maybank patut memberi aku tiket ke Legoland. Aku selalu mengunakan Maybank2u untuk melakukan transaksi perbankan atas talian. Aku berharap Maybank2u ini akan beri sesuatu ganjaran 'Legolandtickets4me' pula. Sekian, terima kasih Maybank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget