Kawan-kawan

Carian

Jumaat, 5 Ogos 2011

Bazar Ramadhan @mart Kempas, Johor Bahru

01 Ramadhan 1432H / 01 Ogos 2011


Assalammualaikum & Hi Kawan-kawan. Terutamanya kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan 1432H. Jadi, entry yang kami ingin buat pada bulan Ramadhan kali ini berkenaan dengan tempat-tempat yang difikirkan sesuai dengan mood puasa dan raya yang akan muncul. Kali ini kami nak bawa kawan-kawan beberapa Bazar Ramadhan yang kami sempat kunjungi.

Baiklah, Bazar Ramadhan yang pertama yang kami kunjungi di sekitar Johor Bahru adalah Bazar Ramadhan di @mart Kempas. Bazar ini buat pertama kalinya dibuka kerana @mart pun baru dibuka pada tahun 2011. Tidak besar, namun tidak kecil, di sini terdapat 2 deretan gerai sahaja lebih kurang 30 - 40 peniaga yang menjaul pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Dari minuman, kuih-muih,murtabak,nasi campur, nasi tomato dan sebagainya terdapat di sini. 

Anda jangan risau untuk ke sini kerana tempat letak kereta memang banyak. masuk pun percuma.

Baiklah, tiada apa lagi yang nak diceritakan. Hanya gambar yang boleh menceritakan suasana di Bazar Ramadhan @mart Kempas.

Bazar Ramadhan @mart Kempas

Bazar Ramadhan @mart Kempas

Bazar Ramadhan @mart Kempas

Bazar Ramadhan @mart Kempas

Sempat kami membeli Nasi Tomato dan Murtabak di sini. Rasa sedap. Boleh lah kawan-kawan mencubanya. Temui kami di Bazar Ramadhan lain entry. Sekian. Wassalam.

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...