Kawan-kawan

Carian

Jumaat, 20 Ogos 2010

Rimba Herba Perlis

Pintu masuk utama
10 Jun 2010, kami berkesempatan melawati Rimba Herba Perlis. Ianya terletak di Sg batu Pahat, Perlis. Kawasan Sg Batu pahat ini memang terkenang dengan tempat-tempat menarik.Antaranya Taman Ular, Ladang Anggur dan Ladang Harumanis yang terkenal dan menjadi kebanggaan Negeri Perlis Indera Kayangan. Akan tetapi, kami memilih untuk melawati Rimba Herba Perlis.

Selamat datang
Apabila kami tiba di kawasan Sg Batu Pahat, kami pun menyusuri jalan raya menuju ke Rimba Herba ini, sepanjang perjalanan ke destinasi, kami disajikan dengan terbentangnya bendang sawah padi yang menghijau. disamping itu, kami bertemu dengan Taman Ular disebelah kiri jalan, Kemudian disebelah kanan terdapat Ladang Harumanis yang terkenal. Kami sempat singgah di sini untuk menanyakan kalau ada-ada harumanis untuk dijual. Tapi, tiada rezeki kerana musim harumanis baru sahaja habis. bermula bulan April-Mei setiap tahun, Terasa macam kempunan pulak. tapi tak mengapa. Tu namanya tiada rezeki. Kami pun meneruskan perjalanan. Disebelah kiri jalan, kami pun nampak deretan pokok anggur. Di sinilah terletaknya ladang anggur yang sering diperkatakan ramai orang. Akan tetapi kami tak pun singgah. Depan sedikit dari ladang anggur barulah kelihatan Rimba Herba Perlis. Kami pun parking kereta untuk masuk. Alhamdulillah, kami melawat pada hari Khamis, Tidak lah ramai sangat orang di sini. Semasa kami melawat, cuma ada 4 buah kereta sahaja yang ada.



Antara pokok-pokok herba yang terdapat di Rimba Herba Perlis







Berhat-hati dengan yang ini
Antara pokok yang berbahaya
Bila kami masuk, kami terus ke kaunter penyambut tetamu untuk membeli tiket masuk. Tikit untu orang dewasa RM1.00 dan untuk kanak-kanak RM0.50. Kami pun teruskan perjalanan. Konsep di sini boleh dikatakan berjalan sambil belajar. Ianya terdapat jalan yang menyusuri sekitar dalam rimba ini disamping setiap pokok herba di sepanjang susur jalan kaki ini terdapat papan tanda pengenalan nama dan fungsi/kegunaan/khasiat setiap pokok herba itu. Memang banyak jenis-jenis pokok yang mungkin semua orang pernah nampak, tetapi tidak tahu nama dan khasiatnya. Atau pokok herba yang anta tidak pernah temui, ada pokok yang sesuai dijadikan penawar dan ada juga pokok  yang beracun.....macam-macam ade, dan macam-macam nama yang kita tidak biasa dengar


di taman anggerik belakang tu
Ha... luas kawasan rimba ini boleh diterjemahkan 'penat jugalah berjalan'. Di sini terdapat kemudahan seperti tandas,wakaf,surau dan kaunter jualan. disamping itu, sesiapa yang melawati di sini,bolehlah mencuba minyak bercampur herba untuk rendaman kaki. Selain itu, disini juga ada menyediakan teh herba untuk dirasa (kena bayar) di kafe berdekatan kaunter masuk. kalau tak nak, tak mengapa.




kami & alam rimba
Setelah satu pusingan kami jalan, kami pun berehat sebentar di kawasan lapang dalam rimba ini sebelum pulang. Di Rimba Herba Perlis ini amat sesuai untuk dilawati seisi keluarga kerana selain kita berriadah, kita juga mendekati diri kita dengan alam semulajadi iaitu kejadian tuhan alam flora dan fauna. bak kata dalam skrip drama melayu yang biasa kita dengar "........dekat KL tak dapat suasana macam ni." setelah kami berehat sebentar, kami pun teruskan perjalanan pulang ke rumah di Alor Setar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget