Kawan-kawan

Carian

Khamis, 13 Disember 2012

Sekitar MAHA & HPPNK 2012: Laman Ternakan.

Dari Dataran Tiba 2, kami pun terus berjalan ke Laman Ternakan, Fuh... di sini lah kalau nak tengok dan dapatkan maklumat erkenaan penternakan seperti Kambing, Lembu, Rusa, Ayam, Arnab dan Perusahaan Sarang Burung Walit. Terdapat juga pameran dan jualan seperti Burung-burung, Kucing, Kuda dan macam-macam ternakan lagi. Tidak lupa juga, Jabatan Veterinar turut berada di Laman Ternakan bagi sesiapa berkehendakan informasi berkenaan ternakan.
  < -->
Semasa melalui booth Penguatkuasa Veterinar, kami nampak seorang rakan kami yang sedang bertugas iaitu Azri dari Jabatan Veterinar Melaka ( gambar di bawah yang berada di tengah). Sempatlah kami menyapa dia. Selepas itu kami terus ke pameran rumah Burung Walit. Dan seterusnya kami pusing sekitar Laman ternakan ini.

.
.
.
.
.
Ternakan Kambing

Ternakan Lembu

Ternakan rusa
Di sekitar Laman Haiwan ini, kami tertarik kandang kambing yang dibina dari batang paip PVC bewarna putih yang dikeluarkan oleh Noor Daq Farm & Trading dari Serdang, Bandar Baharu Kedah seperti gambar di bawah ini. Begitu juga model reban ayam kamung intensif yang diperkenalkan oleh MARDI.
.
.
.
Baiklah, Selepas ini kami akan ke pameran kucing oleh Kelab Kucing Malaysia. nantikan entry akan datang.Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget