Kawan-kawan

Carian

Selasa, 22 Mac 2011

Bazar JB @ Pasar Karat JB


Hi kawan-kawan. Dalam post kali ini 
kami nak kongsi cerita tentang Bazar JB. Ade juga orang panggil Pasar Karat JB. What ever semua orang katakan, ianya tempat yang sama.


Ok!!! Di manakah terletaknya Bazar JB? Haaa.... ianya terletak di bandaraya Johor Bahru. Atau lebih tepat lagi di sekitar Sungai Seget JB. 

 Waktu perniagaan beroperasi & informasinya, kawan-kawan boleh lihat di gambar yang tertera.

Papan Informasi Bazar JB.

Baiklah, Apa sebenarnya Bazar JB?
Macam namanya juga lah. Bazar dah sinonim dengan jualan barang-barang. Di sini, ianya merupakan himpunan booth-booth kecil yang menjual pelbagai barangan di sepanjang jalan. 
Selain barangan, pelbagai aktiviti sampingan di anjurkan. Kebetulan semasa kami ke sini, diadakan  pertandingan karaoke, pertandingan tiru gaya watak tv. Tengok tu. Naruto pun ada.


Antara watak yang diperagakan

Barangan yang boleh diperolehi di bazaar JB ini
antaranya barangan permainan, pakaian, eksesori wanita, barangan 2hd, bundle kasut & baju, jualan koleksi duit lama & barangan lama, makanan ringan & pelbagai produk IKS. 
Selain booth-booth & kedai menjual barangan. Sekiranya kawan-kawan lapar, terdapat juga kedai menjual makanan.

Oklah, Kalau kawan-kawan datang ke Johor Bahru, malam-malam tiada aktiviti, datanglah ke Bazar JB, sekurang-kurangnya boleh cuci mata. 
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah memperkenalkan satu lagi produk perlancongan di negeri yang bertuan ini.
Untuk kawan-kawan, jom kita layan beberapa gambar yang kami sempat ambil. Check this out.

Mari jalan-jalan bersama kami. Jom...

Pelbagai jualan pakaian

Pelbagai jualan aksesori wanita


Medan menjamu selera pun ada

Koleksi duit & wang lama untuk dijual

Pakaian kanak-kanak

RM 10 jer..

Persembahan muzik

Beca pun ada

Warna warni Bazar JB


Gambar hiasan. Bye...



Kalau kawan ade pengalaman di Bazar JB, mari kita kongsikan di ruangan komen. Ok. Bye!!!

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget