Kawan-kawan

Carian

Rabu, 7 Mac 2012

Restoran Beriani Ambok, Larkin Perdana. Johor.

Hi Kawan-kawan. Kali ini kami nak kongsikan pula Restoran Beriani Ambok yang menghidangkan menu nasi beriani. Untuk pengetahuan kawan-kawan, Nasi beriani di sini dimasak dengan cara mengukus. Hasilnya, nasi berianinya lembut, gebu dan kurang berminyak.


Lokasi Restoran Beriani Ambok ini terletak di Larkin Perdana, Johor Bahru. Kalau kawan-kawan pusing-pusing area Larkin Perdana. InsyaAllah akan jumpa (Deretan 7 eleven) Harganya kami ada kepilkan gambar di bawah. Rasa Nasi Berianinya kami boleh promosi kepada kawan-kawan dan pembaca blog terajubintang7 ini. Sila lah mencubanya jika ada kelapangan dan perut kelaparan.



Main Enterence Restaoran Beriani Ambok

Menu 1

Menu 2

menu 3

Menu 4
Sebenarnya pada Ahad, 05 Februari 2012 yang lalu, kami dan rakan sepejabat telah meraikan majlis persaraan Encik Abdul Aziz Ahmad di mana kami meraikan dengan jamuan ringkas di Restoran Beriani Ambok. Majlis di mulakan dengan bacaan doa ringkas, ucapan ringkas ketua kami, ucapan ringkas yang diraikan, penyampaian cenderahati kenang-kenangan,bacaan doa makan dan jamuan. Alhamdulillah, majlis telah selamat di jalankan.




En Adbul Aziz dan keluarga

En Fauzi Dan En Abdul Aziz

Ahli Keluarga yang hadir

Iman

Aiman

Alin


Menunggu ucapan

Mendengar ucapan Bos

Ucapan oleh En Fauzi

Penyampaian cenderahati kepada En Abdul Aziz

Nak Balik ni....
Kesempatan ini kami mengucapkan selamat bersara kepada Encik Abdul Aziz Ahmad semoga beliau lagi berjaya selepas persaraannya di samping ahli keluarga yang tercinta. Sekian. Terima Kasih.

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget