Kawan-kawan

Carian

Ahad, 25 Julai 2010

Cameron Highland 1'st time

29 - 30 mei 2009


Papan tanda kawasan CH

Sebenarnya pada waktu ni, kami on the way balik dari Kampung Tini di Alor Setar. Saje nak wat kejutan kat Tini ( kira planning aku sorang je ni). Jeng!!! 3x. Tiba je exit Simpang pulai, Perak ..... Aku memutarkan stereng kereta ke kiri mengikut susur keluar Simpang Pulai. eekehh, suka nye die, kami teruskan perjalanan.

Kawasan Kg Raja
Perjalanan dari susur keluar Simpang Pulai ke Cameron highland mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dengan kelajuan purata 40 - 60 km/j. Ini kerana bentuk geografi dan permandangan yang membuatkan kami berhati-hati memandu. Agak letih memandu menaiki Cameron Highland ( kena berlawan dengan tekanan ketinggian di telinga kita).







Setibanya sampai di kawasan Brincang, kami terus teserempak dengan pasar malamnya yang menjadi sebutan orang ramai. wah!! memang nampak meriah. Untuk makluman, Pasar malam di sini dibuka bermula 2/3 ptg lg sehingga lewat malam sepanjang cuti sekolah. Kami teruskan perjalanan untuk mencari tempat penginapan. Pusing2 sambil survey tempat penginapan, kami menempah bilik di Flora De Cottage kerana tempatnya OK dan kadarnya RM70 je
(selepas diskaun). Masuk bilik kami berehat sebentar sambil rancang perjalanan di sekitar CH ni yang akaan dilawati.

Hadapan Uncle Sam Farm
Lebih kurang jam 5ptg, kami keluar. Kami terus ke stesen minyak Shell berhampiran untuk isi minyak. tempat pertama kami pergi ialah Uncle Sam Farm. di sini memang menarik. Banyak anak2 pokok bunga, bunga keratan, strawberry, chocklat dan cenderahati yang dijual. Masuk percuma. Kansep di sini boleh dikatakan "dalam kedai ade taman" . Nak tengok tp xbeli pun xpe. Aku boleh beri 4/5 bintang. Selepas melawat Uncle Sam Farm, kami pergi ke kedai sekitar di situ termasuklah Cactus Velley Farm. 
Setelah itu, kami ke Kawasan Tanah Rata pula. Kami jalan2 di sekitar pekan Tanah Rata sambil mencari ATM. Setelah pusing2 di pekan Tanah rata, kami pulang ke Brinchang.

Kedai tepian jalan
All Red
Cantek tak?



Ladang Teh sebelum sampai ke puncak Gunung Brinchang
Sebelum pulang ke penginapan, kami singgah pasar malam untuk mencari alas perut. kami parking kereta di bahu jalan. Memang menarik kerana barangan yang dijual 50peratus berlainan dengan pasar malam di kawasan kita. kami memberi Ayam goreng, Keledek mini rebus dan strawberry. setelah selesai membeli, kami ke kereta untuk pulang ke penginapan. Tak ku
Staff baru pengutip daun teh
sangka, kereta kena saman oleh PDRM sebab menghalang laluan. Agak tension aku. Mana tak nya, orang nak beriadah kena tapi kena saman. Hati tak tenteram selagi tak bayar. Aku terus ke Balai Polis Brinchang untuk menanyakan saman tu. Mereka kata kena pergi Balai Polis di Tanah Rata. Kami pulang ke penginapan untuk berehat sambil makan makanan yang dibeli di pasar malam. jam 8.00mlm kami pergi mencari balai polis di Tanah Rata. Bila jumpa aku masuk bertanya pasal saman. Encik di situ cakap..." bayar saman kena datang esok jam 8.00pg - 5.00ptg." Dah dapat penerangan pegawai di situ, kami teruskan perjalanan untuk makan malam. Kami makan di gerai masakan thailand berdekatan dengan penginapan kami. Perghhhh!!! sejuk hingga ke tulang betul malam disitu. lagi2 bila angin bertiup ketika menungu pesanan makanan. Selesai makan kami pulang ke penginapan dan merancang tempat yang akan dilawati dan apa yang hendak dibeli.


Peace 2 u ...
Kabus hampir kelihatan
Di atas Gunung Brinchang

Keesokannya 30 Mei 2009 jam 10.30pg, kami bersiap hendak meneruskan perjalanan yang dirancang. kami terus check out. Kami pergi bersarapan di Bangunan MARA. Setelah sarapan, Kami ke Balai Polis Tanah Rata untuk bayar saman. Selamat kena RM 30 je (kira jumlah paling minimum), Lega rasanya lepas bayar saman. Hati tenang semula untuk bercuti. Kami terus ke puncak Gunung Brincang..( Nak cari kabus). Jalan nak masuk ke Gunung Brincang memang kena pemerhatian yang teliti kerana agak samar. hmmm... penuh adventure nak naik puncak Gunung Brincang ni selain permandangan luas menghijau ladang teh di lereng2 bukit/gunung. Akhirnya, berjaya juga sampai lebih kurang jam 10.45pg.kat atas tu, memang jumpe kabus lalu. jam 11.30pg kami turun untuk ke destinasi selanjutnya.


Pemandangan di Caktus Velly

Beli anak Pokok Anggur
Kami terus ke Uncle Sam Farm untuk membeli apa yang hendak di beli. Tini membeli 2 pasu pokok bunga Ros. Aku membeli 1 pasu anak Pokok Anggur. Untuk cerita pokok anggur, aku akan cerita di Pages lain bertajuk 'Anggur'. Haa, lagi satu tak lupa beli aiskrim batu Malaysia handmade perasa Strawberry. Sedap... sebatang RM1.

Tini beli Keledek Madu rebus.Sedap!!
Siap membeli di Uncle Sam Farm, kami teruskan perjanlanan, kami singgah di Pasar menjual hasil tananman ( tak tahu ape nama tempat tu.) aku membeli 1 pasu pokok strawberry yang ade buah. setelah itu, kami singgah ke Cactus Valley Farm. di sini tini membeli 2 pasu pokok bunga...ntah ape jenis tp bunga lawa. Siap je beli belah, perut dah lapar, kami teruskan perjalanan pulang. 
  




Papan tanda Tanah Rata - Tapah
Singgah di Tanah Rata untuk makan sebelum perjalanan pulang. Aku mmg merancang nak balik ikut jalan Tanak Rata-Tapah. Perjalanan di sini lg adventure, corner2 tajam dan sempit. huh... tak digalakkan bagi pemandu yang baru dapat lesen memandu dan waktu hujan dan malam. dalam perjalanan turun, kami singgah di Lata Iskandar. Perggg!!!.... memang cantik permandangan air terjun ni. sempat posing ambil gambar. Jam 5.20ptg, kami memasuki Highway Tapah.
Selamat datang...


Air terjun yang menderu....
Hmmm... kesimpulannya CH banyak lagi yang kami belum lawati. tempat menarik, walaupun pembangunan di merata tempat. Kami teruskan perjalanan ke Jb. Wassalam. See u soon Cameron Highland...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget