Hi. Semasa kami pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah, kami berkesempatan mengunjungi Chalet Terapung PPK Merbok. Kedah. Ianya merupakan salah satu tarikan yang ada di Kedah yang diselia oleh PPK atau Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini. ianya terletak di Segantang Garam. Merbok. Kedah.
Tujuan kami datang ke chalet terapung ini adalah untuk berehat sambil memancing lah. Sebenarnya, inilah chalet terapung yang ke 3 kami sudah cuba di Kedah ini selain dari
Rumah Rakit Teluk Bayu dan
Chalet Terapung PPK Sg Petani. Boleh dikatakan, Chalet terapung ini best juga lah. Dari segi keselamatan, Chalet terapung PPK Merbuk ini no 1. Kenapa? sebab keliling chalet ada pagar. nanti tengok gambar di bawah. taknak cerita banyak ni gambar yang sempat kami ambil.
 |
Jalan Masuk Chalet Terapung PPK Merbok. Kedah. |
 |
Pintu Gerbang |
 |
Joran Kami |
Tiba waktu malam kami menyediakan menu makan malam lah. Antara Menunya, BBQ seafood seperti ikan, ketam bakau,udang korea dll. menu lain ialah nasi, sambal udang petai udang lipan rebus, ketam bakau rebus & sambal kicap sebagai kuah pencecah. tak lupa juga Jagung bakar untuk pencuci mulut selepasa makan malam. Sebenarnya Petai dan Jagung ini kami semasa di
Cameron Highland.
 |
BBQ Seafood |
 |
Pencuci mulut makan malam |
 |
Menu makan Malam |
Aktiviti memancing kami pula mengecewakan. Sebab masa kami datang sini keadaan "air mati" jadi, akibatnya ikan kureng lah. Apa yang kami dapat banyak ialah si Patrik ini. tengok gambar bawah ini. rasanya dari mula kami sampai hingga balik dapat 17 ekor tapak sulaiman ini. manakala ikan pula dapatlah sekor ikan bilis, 5 ekor gelama, sekor anak kerapu dan sekor anak duri. tidak mengapalah. dah air mati, nak wat macam mana. Semua ikan ini mak goreng waktu pagi sebelum checkout.
 |
Gelama |
 |
Tapak Sulaiman |
Ok, kita cerita pulak tentang chalet PPK Sg Merbok ini. Kemudahan lain yang disediaka bot ronda seperti gambar di bawah. Nak naik ni, pakage lain tau. Bukannya satu pakage bayaran chalet. Selain dari bot ini, bilik mesyuarat, surau dan toilet juga disediakan. kalau kawan-kawan nak pancing tanpa sewa chalet pun ada. tapi kena bayaran sikit lah. Ok balik kepada chalet pulak. kami duduk di chalet 2 bilik. Harga untuk sehari RM 150.00. kedua-dua bilik ade penghawa dingin, ada dapur, televisyen, bilik air, kipas angin. untuk pengetahuan kawan-kawan. Chalet PPK Merbok ni tiada kemudahan peti sejuk. jadi kalau nak datang sini kena bawa air batu sendiri lah kerana power elektrik tak dapat menampung pengunaan peti sejuk.
 |
Bot untuk ronda-ronda |
 |
Chalet yang kami duduk |
 |
Bilik |
 |
Katil |
 |
Televisyen & Kipas |
 |
Beranda / tempat memancing |
 |
Tempat memancing |
 |
Dapur |
 |
Projek Baharu (PPK Merbok) "tambah unit chalet kot!" |
 |
Tempat kereta. (ampak dari chaletnya) |
Baiklah. itu sahaja cerita dari kami berkenaan chalet terapung PPK Merbok. Kedah.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau melalui faksimili: 04-4572611 (waktu pejabat) atau melalui e-mail: ppkmerbok@lpp.gov.my atau Hamdan Awang (019-4425560) atau Rozita Adnan (019-5775812) atau Mahayadin Bin Ismail 012-4633526
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Kedai makan jauh ke Dari tempat menginap
BalasPadamDah tak ada ikan dalam Sg Merbuk tu. 2 hari memancing, pakai umpun-umpun, isi ikan, udang hidup, sotong, roti gardenia (kakakaka)...apa pun tak de...sangat-sangat mengecewakan.
BalasPadam