Kawan-kawan

Carian

Sabtu, 21 Mei 2011

Langkapuri Inn, Langkawi.

Episod 2. Percutian di Pulau Langkawi.

( Ahad, 15 Mei 2011 )

Tempat pertama yang kami tujui dari Jeti Kuah, Langkawi ialah tempat penginapan kami iaitu Langkapuri Inn yang terletak di Pantai Cenang. Kami menginap 2 hari di sini. Jenis bilik yang kami tempah ialah jenis standard room 2 unit. Oh ya! Pakage penginapan diberi voucer sarapan pagi bagi tetamu. Seperti bilik standard room, diberi voucer sarapan pagi untuk 2 orang.

Kedudukan Langkapuri Inn ni memeng bersebelahan dengan pantai. Kira keluar-keluar bilik nampak pantai lah. Perghhh.. memang teruja kami melihatnya.





Sampai je di Langkapuri Inn ni lebih kurang jam 1.oo tengahari. Dah check in, kami sekeluarga pun menikmati makanan yang dibawa dari Alor Setar. Siap makan, kami pun berehat sebentar sebelum melakukan aktiviti berikutnya pada waktu petang.


Baiklah, Ni dia beberapa maklumat berkenaan Langkapuri Inn untuk rujukan kawan-kawan berkenaan jenis bilik yang ditawarkan, kadar harga bilik, kemudahan dan khidmat yang disediakan.





Ini pula gambar permandangan di sekitar Langkapuri Inn. Untuk maklumat lanjut berkenaan Langkapuri Inn, Butiran seperti di sini. Alamat: Lot PT 895, Pantai Cenang, Langkawi. Kedah. Tel: +604-9551202 Faks:+604-9551959 Web: www.langkapuri-inn.com Email:langkapuri_inn@hotmail.com www.facebook.com/langkapuri inn langkawi.




Nantikan post akan datang berkenaan Pantai Cenang. Bersambung...

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget