Kawan-kawan

Carian

Rabu, 16 Februari 2011

Anggur 3rd batch

Selesai sahaja kerja-kerja menyiapkan pergola dari kayu ponak, kayu dari pergola lama sudah aku buka & buat semula pergola kecil pacak di tanah seperti digambar. Tujuannya untuk menampung pokok anggur sebelum dahannya menjalar ke tempat yang dikhaskan. 
Pergola mini untuk pokok anggur

Kesemua pokok anggur dari dalam pasu telah dialihkan ke tanah. Senang sikit nak jaga. kesemuanya ada 5 pokok. 2 pokok jenis IAC, 2 pokok jenis Isabella dan 1 pokok semai dari biji jenis anggur red globe yang deli dari pasaraya buahnya. Semasa mengalihkan pokok dari pasu ketanah, aku prune terus dahan & daunnya. 
Semua pokok anggur dari pasu telah dialih ke tanah
Pokok anggur yang disemai dari biji anggur jenis red globe
Seminggu selepas itu, didapati anggur jenis IAC mengeluarkan 4 jambak putik bunga. wah.. Syukur. berhasil lagi pokok anggurku buat kali ke3.


Antara jambak bunga hasil ke-3
Antara jambak bunga hasil ke-3

Antara jambak bunga hasil ke-3

pokok anggurku menjalar di pergola baru


Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget