Kawan-kawan

Carian

Selasa, 3 Ogos 2010

Penyu Melaka

  04hb Jun 2008

Dari kiri: Aku,Tini,En Aziz,En Md Ali,Kak Faridah,Razuandy&Saki
Pada ketika ini, sebenarnya kami menghadiri kursus di Masjid Tanah, Melaka selama 4 hari. Di kesempatan ini kami seramai 7 orang iaitu En Aziz, En Md Ali, Saki, Kak Faridah, Razuandy, Tini & Aku telah melawat Pusat Penyelidikan Penyu. Padang Kemunting, Melaka pada waktu petang ( waktu rehat kursus). Tempat ni pernah diceritakan oleh En Aziz kepada kami di pejabat. Jadi kami yang tidak pernah sampai di sini singgah untuk melihat apa yang ada di Pusat Pengurusan Penyu ni. Kami bergerak dari tempat kursus ke Pusat Penyu ni menaiki 2 buah kereta.


Tuan dan penyu-penyunya
Dalam galeri
Perjalanan lebih kurang 40 minit dari tempat kami berkursus. Sampai je kawasan pusat penyu tu, En Aziz contact kawannya yang menjaga Pusat Penyu tu. Maklumlah, sebelum ni, En Aziz bertugas di Melaka sebelum dipindahkan ke Johor. Bila sampai sahaja, Kami bertemu dengan staff yang bekerja di situ. Sebenarnya, waktu melawat dah habis. Kami sampai lewat. Alhamdulillah, dapat masuk juga. kami dibawa ke Galeri penyu.Disini, terdapat maklumat berkenaan penyu yang mendarat di perairan pantai di Malaysia. Banyak juga lah maklumat yang kami dapat seperti jenis penyu yang terdapat di Malaysia, nama penyu, kitar hidup dan lain-lain. Bukannya ape, kadang-kadang masuk dalam periksa subjek jabatan.Setelah puas membelek di dalam galeri penyu ni, kami pun berjalan-jalan di sekeliling galeri/pusat penyu ni. Jalan punya jalan, rupanya pusat penetasan telur penyu terletak berdekatan dengan pusat penyu ni. kami diberitahu oleh staff yang jaga disini, ade telur yang sedang dieramkan. Kalau bernasib baik, anak-anak penyu akan menetas.

Kami di tepi pantai
Anak penyu yang merangkak ke laut

Bila kami tiba di tempat penetasan ini, ada juga beberapa pelawat sedang melihat juga. Tiba-tiba kami terdengar beberapa orang kanak-kanak ketawa. kami tengok je ....rupa-rupanya ada anak penyu yang menyusup keluar dari pasir.Staf di sini mula mengumpulkan anak-anak penyu untuk dibawa dekat ke gigi air untuk dilepaskan. Kalau tidak silap, ketika ini, terdapat 2 "sarang" yang menetas telurnya. Huuu.... kira kami ni bertuah dapat melihat dan melepaskan anak penyu ke laut.

Sekor demi sekor anak penyu ni merangkak ke dalam air. Mereka ni kira ade naluri bila keluar je dari cengkerang telur, anak penyu ini akan terus ke dalam air laut. Kami ape lagi, tak melepaskan peluang melepaskan anak penyu ni. 

Aku melepaskan anak penyu... selamat berjaya penyu....
Selesai sahaja kesemua anak penyu berenang dalam laut. kami pun bersedia untuk balik. Kami pun ke kenderaan masing-masing yang diparking di kawasan Pusat Penyelidikan Penyu. Sebelum pulang ke tempat berkursus, kami semua menjamu selera di kedai makan berhampiran di sini.

En Aziz bersama staf di Pusat Penyu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget