Hi Kawan-kawan. Semasa kami di Cameron Highland, setiap hari kami melawati Kea Farm. Tujuannya, cari barang sambil survey harga-harganya. Kea Farm ni merupakan pusat jualan produk-produk pertanian yang segar dari ladang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, pokok, madu dan terdapat juga cenderahati yang boleh di dapati di Kea Farm ini.
Harga bagi barangan produk pertanian di
Kea Farm ni memang berbaloi. Kalau kawan-kawan berjaya tawar menawar dengan penjual, ianya bonus bagi kawan-kawan. mana tidaknya, harga bagi sejambak bunga segar baru RM5, strawberry kotak kecil purata harga 3 kotak RM10.,tapi kalau boleh tawar menawar 4 kotak strawberi kecil RM10 pun boleh dapat. Sayur-sayuran pula dari 6 - 13 bungkus RM 10 tengok pada tawaran setiap gerai. Jagung mutiara 12 - 15 jambak RM 10 dan macam-macam lagi.
Di bawah ada beberapa gambar sekitar Kea Farm untuk tontonan kawan-kawan dan pembaca.
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
 |
Kea Farm.Cameron Highland. |
Nasihat dari kami apabila anda melawati Kea Farm.
1.Survey harga dulu daru beli
2.Pastikan anak-anak dan budak kecil tidak sesuka hati berlari-lari kerana kenderaan banyak.
3.Pastikan anda letak kenderaan anda di ruangan parking yang disediakan. (
sekarang ni tepi jalan besar lereng bukit tu dah tak boleh parking. tempat parking kena masuk dalam)
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan