Kawan-kawan

Carian

Selasa, 10 Julai 2012

Menarik di Floria Putrajaya 2012

30 Jun 2012 hingga 08 Julai 2012 berlangsungnya Floria Putrajaya 2012. Tema kali ini ialah Bunga Kertas (Baugainvillea). Ianya berlangsung di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. Minggu lepas, Khamis 05 Julai 2012. Kami berkesempatan ke Floria Putrajaya 2012 ini. Itu pun kebetulan ada tugas disekitar Putrajaya. Lebih kurang jam 6.00 petang kami tiba di perkarangan tempat letak kenderaan berhampiran tapak Floria Putrajaya 2012 ini. 

Apa yang ada di Floria Putrajaya 2012 ini? Sememangnya lengkap dengan majoritinya pertunjukan bunga-bungaan atau flora, lanskap dalaman dan luaran dan pertunjukan kapal berhias yang dihiasi dengan lampu warna warni. Selain itu, kemudahan untuk pelawat juga di ambil berat. Contohnya kemudahan bagi golongan OKU, Tandas, Surau, gerai makan, tempat makan, kios makanan segera dan yang paling penting ialah tempat letak kenderaan yang banyak. Tidak lupa juga terima kasih kepada pihak penganjur dan penguatkuasa yang bertungkus lumus dan berusaha di atas program ini.


Jadi. di bawah ada beberapa gambar untuk dikongsikan bersama sepanjang lawatan kemi ke Floria Putrajaya 2012 ini.


Sekian sahaja gambar yang dapat dikongsikan bersama. Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget