Kawan-kawan

Carian

Isnin, 25 April 2011

Anggur: pemangkasan (pruning) untuk pembungaan & pembuahan.

 Salam buat kawan-kawan. Kesinambungan dari post kami yang lepas  iaitu Anggur: pembajaan untuk pembungaan, makanya sudah sampailah masa untuk kami melakukan langkah seterusnya terhadap pokok anggur kami ini. Apa lagi, kita prune lah (dalam BM nye pemangkasan). Di sini kami paparkan beberapa gambar untuk tatapan kawan-kawan.



Sebelum di prune
Sebelum di prune

24 hb April 2011, setelah 22 hari kami bubuh baja pembungaan. Kami pun prune lah pokok kami. Cara yang kami buat ialah memotong dan membuang  semua daun-daun, ranting-ranting yang tak bermaya, dahan-dahan muda, serta mana-mana dahan yang dijangkiti / dihinggapi perosak.

Sedang memangkas, hujan pun turun, selamat sempat kami buat pangkasan di kawasan luar dulu. Jadi, semasa hujan turun, kami memangkas di bahagian bawah bumbung pula.

Operasi mencantas/prune dimulakan
Membuang ujung pokok/dahan yang muda
Membuang kesemua daun pada dahan
Membuang daun & dahan yang muda
Anasir jahat di ruas dahan tu!! kita potong dia

Selesai sahaja prune, kami pun kemas apa-apa yang patut, letakkan balik dahan-dahan pada tempatnya, susun balik dahan-dahan yang berselirat dan akhir sekali, kami membubuh sedikit baja pembungaan yang warna merah itu.

Hasil sisa yang di prune
Keadaan selepas prune ( togel )
Selepas prune (togel)
Dah siap prune, kami bubuh baja bunga sikit

Kita nantikan sekurang-kurangnya minggu depan apabila pucuk-pucuk muda mula keluar. Ada harapankah putik-putik bunga akan keluar? Tunggukan update untuk slot anggur dari kami. Sekian.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget