Kawan-kawan

Carian

Jumaat, 25 Mac 2011

Peta Malaysia (Map of Malaysia) & Info Malaysia.

Hi kawan-kawan, entry kali ni kami nak ceritakan serba sedikit berkenaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Bukannya apa, sekurang-kurangnya pembaca blog dari Malaysia dan bukan dari Malaysia boleh dapat sedikit maklumat apabila mereka nak melancong ke Malaysia. Di sini serba sedikit tentang Malaysia seperti Peta, Negeri dan Bendera Malaysia.




View Larger Map

Di mana Malaysia?


Kedudukan Malaysia di Asean
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²).Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan SingapuraFilipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.
(Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia)

Ada berapa negeri dan wilayah di Malaysia?

Peta Malaysia:  Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Malaysia dibahagikan kepada 13 buah negeri dan 1 Kerajaan Persekutuan iaitu. Negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terenganu, Pahang, Sarawak dan Sabah. Manakala Kerajaan Persekutuan terdapat 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya (Selangor) dan Wilayah Persekutuan Labuan (Sabah).

Macam mana rupa bendera Malaysia?
Jalur Gemilang

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli. 
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia) 

Baiklah, kepada kawan-kawan dan pembaca, selamat menimba maklumat.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget