Kawan-kawan

Carian

Rabu, 8 Disember 2010

MAHA International 2010

30 November 2010/Selasa
MAEPS, Serdang. Selangor

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010 atau singkatan orang ramai panggil MAHA 2010 berlangsung dari 26 November 2010 - 05 Disember 2010. Ianya dihoskan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas tani (MOA), dianjurkan oleh FAMA dan diurus oleh MARDITECH. Pendek kata semua aspek pertanian banyak ditunjukan/diperkenalkan di ekspo MAHA ni. Macam-macam maklumat petanian ada di sini.

MAHA 2010.
Kita tak payah le cita layout atau susun atur MAHA disini, semuanya tertera dalam web MAHA 2010. Yang aku nak cerita hanyalah pengalaman pertama aku di MAHA ni.Aku pergi ke MAHA bersama Tini dan Wak Ajir. Kami bertolak jam 07.30mlm 29hb November 2010 terus kami bermalam di Nilai Hotel, Negeri Sembilan. Huh... Selamat ade bilik lagi.Mana tak nye, orang ramai cakap banyak hotel penuh kemungkinan sebab MAHA dan cuti sekolah. Kami check in jam 11.00 malam. Esok paginya baru kami bertolak ke MAHA. Jauh Nilai Hotel ke MAEPS Serdang tu lebih kurang 30KM je kot. 1/2 jam da sampai .

Beratur untuk menaiki tram ke dewan utama
Setibaya hampir tiba ke tapak MAHA tu, MasyaAllah.... ramainya umat yang nak ke situ. ingatkan datang pagi jam 10.00 dah kira awal. kenalah berbaris nak masuk parking kereta. lebih kurang 20min kami berbaris barulah berjaya parking kereta. Sudah je parking kereta, kami terus ke tempat ketibaan untuk menaiki tram untuk ke dewan utama. Kena beratur le kejap untuk menunggu giliran meniki tram. Sampai saja di point pertama untuk tram berhenti di kawasan luar dewan, kami pun turun. Huh… Meriah giler kat atas ni rupanya. Ade booth jualan produk pertanian, lori kontena jual makanan segera, lautan manusia dan irama muzik begerma memecah suasana. Kami pun menyelah di lorong-lorong booth menjual tanaman bunga. Di situ secara majoritinya pokok hiasan orkid yang memenuhi gerai jualan. Macam-macam jenis dan macam-macam harga orkid yang ditawarkan. Cadangya nk beli 1..2 orkid buat hiasan rumah bila dah habis 'ronda' nanti...



Kami kena berdiri dalam tram...selamat tak jauh.
Kami pun terus ke dewan utama. Untuk pengetahuan, di MAEPS ni terdapat 4 dewan iaitu A,B,C dan D. Pengurusan MAHA 2010 telah membahagikan dewan-dewan tersebut mengikut kriteria-kriteria tertentu. Mula-mula kami masuk ke Dewan A yang menempatkan ruang pertunjukan Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dibawah MOA seperti Jabatan Pertanian,Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar LKIM,FAMA,KEDA,MADA dan lain-lain serta agensi berkaitan seperti Jabatan Sains,Perlancongan Malaysia dan lain-lain turut serta dalam MAHA 2010 ni. Dalam kesibukan orang ramai di dalam dewan tu, kami terserempak dengan Farhan, rakan setugas. Kami tak dapat nk bersembang lama sebab terlalu ramai orang.
Antara orkid yang dijual di tapak MAHA 2010
Perjalanan naik ke Dewan

Pak Lah datang MAHA 2010

Selepas itu kami ke dewan C dahulu kerana kedudukannya bertentangan dengan dewan A. Di sini terletaknya syarikat-syarikat internasional. Banyak juga syarikat internasional yang membuat promosi di MAHA ni. Dari China,Korea, Republic of Nigeria dan lain-lain lagi. Tapi yang aku minat dalam dewan ni ialah produk Eden Crisp keropok tanpa minyak. Keluaran orang kita dari Negeri Sembilan. Terpaku juga aku dan wak ajir tengok eden ni proses keropok. Dari sesudu campuran udang dan lain-lain bahan letak di mesin khas tunggu 10 saat siap keropok udang tanpa minyak. Wah….. menarik. Setelah tu kami pun menuju pintu keluar. Tak disangka orang ramai di luar pintu dewan rupa-rupanya Pak Lah datang melawat. Ni baru 1st time aku tengok Pak Lak langsung depan mata aku.

Sistem fertigasi Booth Jabatan Pertanian Malaysia
Bela kerang - di booth Jabatan Perikanan Malaysia
Di booth LKIM
Perbezaan Burung Layang-layang & Burung Walit

Wak Ajir di booth Bernas
Seterusnya kami ke dewan B berhadapan dengan dewan C. Di Dewan B boleh dikatakan terletaknya syarikat IKS dan Promosi Jentera atau mesin untuk kegunaan pertanian. Di sini yang uniknya ade promosi santan kelapa sawit. Tapi aku tak rasa demo cendol yang dibuat dari santan kelapa sawit. Wak ajir sempat rasa, katanya memang best. Aku Cuma beli kek lapis Sarawak dengan harga promosi beli 1 RM 20, Beli 2 RM 35. Jadi aku belilah 2. Tini sempat beli beg tangan baru..katanya beg tangan yg dia bawak kecik..dia nk yang besar...semangat nk memborong la tuh!! pompuan..pompuan...
Selesai kami pun ke Dewan D. 

Cara pembungkusan Orkid untuk eksport
Warganegara
Di dewan D terdapat 3 tingkat. Tingkat atas penganjur jadikan dewan seminar. Yang aku tengok ramai keluarga yang berehat duduk, tingkat 2 terdapat booth IKS dan tingkat bawah terletaknya medan selera. Setelah selesai ronda dewan D, kami pun membuat keputusan untuk ke ladang ternakan  pula.


Besar lembu ni..dah letih berdiri
Kami pun menaiki tram yang menghala ke ladang ternakan.Sampai saja kami pun terus ke tempat lelongan haiwan. Masa tu menunjukan jam 4 lebih petang. Awan pun dah nampak melarat. Tak sampai ½ jam hujan pun turun, dalam keadaan hujan mula menitik, kami dengan pantas menaiki tram untuk ke dewan utama untuk mengelakan hujan. Sampai di luar dewan, mula2 tunggu le kejap di bawah khemah-khemah jualan. Tp lama sangat sampai lencun baju. Alang-alang dah lencun, kami redah juga sampai ke parking tempat menunggu tram ke tempat parking kereta pulak. Tengok-tengok.... panjangnya barisan  orang berbaris menunggu tram. Dah hampir 40minit kami berbaris tunggu tram, kami pun membuat keputusan untuk berjalan kaki. e'eh...dekat saja rupanya. Membazir waktu je tunggu tram td. Tapi pasal hujan juga kenalah tunggu. Jalan kaki lebih kurang 10 minit je sampai ke kereta.

Dah sampai di kereta dengan keadaan lencun kami pun terus menuju pintu keluar.Tu pun kena beratur panjang untuk keluar. Dari pintu 1 untuk menembusi pintu keluar mengambil masa dalam 20 minit. Keluar ke dari MAEPS, kami pun bertolak pulang ke Johor Bahru.Sedih dan kesal meninggalkan MAHA kali ni...bukan ape...SEDIH...sebab tak sempat nak beli orkid yang cantik2 tu sebab ujan...KESAL sebab tak bawak payung yang ada dalam kereta..kalau tak...takdelah basah kuyup... MAHA 2012??? tungguuuu.......
 
Biri-biri Dorper untuk dilelong
Banyak yang aku dengar aduan dan rungutan orang ramai pasal kemudahan sistem pengangkutan di MAHA ni lambat lah, tak efisen lah dan macam-macam. Tapi aku rasa orang kita ni masih tak jelas dengan sistem yang dibuat oleh pihak pengurusan. Kalau orang kita ni faham macam mana susun atur atau sistem laluan pengangkutan, rasanya kuranglah rungutan.Bagi pengunjung baru, sila dapatkan pamplet dan peta MAHA International 2010 di kaunter Informasi sebelum rambang mata tengok pelbagai produk pertanian tu. Di pamphlet tu ade menerangkan laluan-laluan tram di sekitar tapak MAHA International 2010 ni.  Tapi walaupun banyak rungutan, orang ramai tetap hendak menjadi tetamu di MAHA International 2010 ni. Tahniah buat Pihak Pengurusan dan penganjur kerana berjaya menganjurkan MAHA Internasional 2010 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget