Kawan-kawan

Carian

Khamis, 19 Ogos 2010

Ladang Anggur Tasik Beris

Pada 05 Jun 2010 yang lepas semasa kami pulang ke kampung di Alor Setar, kami berkesempatan melawat ladang anggur di Tasik beris, Sik, Kedah bersama keluarga. Kami bergerak dari Alor Setar lebih kurang jam 11.45pg. Setelah siap semua persiapan, kami pun memulakan perjalanan. Perjalanan kami dari Alor Setar mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih juga lah. Bukannya ape, saje memandu perlahan-lahan. Maklumlah, bawa keluarga mertua sekali. Bila melepasi satu jambatan di Empangan Tasik Beris, Sik, Kedah. Kami pun nampak deretan rumah ladang yang diselubungi dengan rumah plastik lutsinar. Haa… tu dia tempat yang kami tujui. Dah nampak papan tanda “Selamat Datang ke Ladang Anggur Tasik Beris.” Kami pun cari tempat letak kereta. Suasana di sini macam berkabus je. Maklumlah, tepi bukit. 


Permandangan ladang anggur


Peraturan di sini

Macam nak petik je..
Gaya selak daun


Rimbunan buah anggur
  
Kami pun mulakan perjalanan masuk ke ladang tersebut. Pengunjung mula bertukar ganti maguk ke ladang. Tikit masuk dikenakan kepada pengunjung. Dewasa RM2, kanak-kanak RM1. Hmm.. inilah kali pertama melawat ladang anggur. Semasa lawatan kami ini, masih ade pokok yang mengeluarkan buah. Rasanya pihak pengurusan membuat jadual penanaman dan pemangkasan untuk pembuahan bersekala. Jadi, sebab itulah ladang ni boleh dilawati berbuah sepanjang masa tanpa musim. Tapi dalam ladang ni tidak dibenarkan memetik buah anggur. Pihak pengurusan menyediakan tempat jualan buah anggur segar dan produk berasaskan anggur.


Wah! Sodap tu..
Anggur tu..
Buah muda
Hmmmm......... Kesimpulannya, Lawatan ke ladang anggur ni boleh dikatakan antara tempat unik untuk dilawati. Tempat teratur dan bersih. Lebih kurang jam 3.00ptg, kami pun beredar. kami menyusuri jalan Sik - Gurun - Alor Setar untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang, kami singgah ke rumah ex jiran abah semasa bertugas di hospital sik ni. Maklumlah, kawan lama. alang2 dah berada di kawasan Sik ni, nostalgia lama-lama teringat kembali di fikiran abah, mak dan tini (tempat jatuh lagi dikenang) Lewat petang, barulah kami bertolak ke Alor Setar.

Kami sekeluarga


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget