Kawan-kawan

Carian

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pancing Sembilang pada cuti Deepavali

Hi kawan-kawan, masa cuti Deepavali kemarin (26/11/2011), kami meluangkan masa untuk pergi memancing, tempat yang sama di Gelang Patah, Johor. kali ini kami pergi bersama En. Fauzi dah Hj Kamal. 



Kami mula bertolak dari jeti Kg Melayu, Gelang Patah pada jam 7.15pg masa air mula pasang. Tujuan utama kali ini adalah untuk pancing ikan Sembilang. Ini dia beberapa gambar semasa kami memancing.

Penantian ikan makan

Tangkapan Sembilang pertama

Tak sempat buang sengat sembilang pertama, joran lagi satu disentap lagi.

En Fauzi pun akhirnya berjaya mendapat Sembilang

Lebih kurang jam 2 petang, Hujan turun dengan lebatnya, Selamat kami membawa payung untuk berteduh. Perghhh...sejuk dan kuyup masa ni.  Walaupun hujan begini, kami masih menaikan beberapa ikan.


Hujan lebat
Ikan Tanda



Hasil Tangkapan 26/11/2011
Ini dia hasil kami pancing bertiga.Kami pulang lebih kurang jam 
4.00 petang. Alhamdulillah, hasil memuaskan. Tangkapan kami lebih kurang, ikan Sembilang 18 ekor, anak ikan Usat 3 ekor, ikan Tanda 2 ekor, ikan Gerut-gerut 4 ekor, anak ikan duri 5 ekor, ikan Gelama 8 ekor, Ikan Belukang 4 ekor dan ikan Tekek seekor. 

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...