Kawan-kawan

Carian

Jumaat, 20 Mei 2011

Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah,Langkawi.


Episod 1. Percutian di Pulau Langkawi.
( Ahad, 15 Mei 2011 )
Hi... Sepanjang 3 hari bermula 15 Mei hingga 17 Mei 2011. Kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi. Pada post kali ini, kami nak bercerita perjalanan kami dari Jeti Kuala Kedah sehinggalah ke Jeti Kuah, di Langkawi.

-->
Ha. Kawan-kawan tahu tak berapa harga tiket terkini untuk menaiki Feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah? Ni dia. Bagi kanak-kanak, ialah RM 17.00 bagi satu hala. Bagi dewasa pula RM 23.00 bagi satu hala. Jadi, kalau pergi dan balik kenalah ganda dua harganya.







 


Tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Ketika ini feri yang kami naiki bertolak pada jam 9.30 pagi dan tiba di Jeti Kuah,Langkawi tepat jam 11.00 pagi.









Setibanya tiba di Jeti Kuah, Kami pun menunggu kenderaan yang disewa tiba. Ni dia, oleh kerana kami pergi berkeluarga seramai 6 orang, iaitu Abah, Emak, Esa, Tini, Ila dan Nurul. Abah menyewa sebuah Toyota Avanza untuk kemudahan kami sekeluarga bergerak. Destinasi pertama yang kami tujui ialah tempat penginapan kami iaitu Langkapuri Inn yang terletak di Pantai Cenang.


Nantikan post akan datang berkenaan tempat penginapan kami, Langkapuri Inn. Bersambung...

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget