Kawan-kawan

Carian

Isnin, 11 April 2011

Percutian di Mersing, Johor

Mercu tanda Daerah Mersing


Hai kawan-kawan, Setelah selesai makan di Sallys’s Palace, kami pun menuju ke Air Papan, Mersing.  Lebih tepat kami ke Chalet Sri tanjung untuk menanyakan ade chalet kosong lagi tak. Selamat, masih ada lagi. Kami memilih bilik jenis VIP harganya kena tanya tokey dulu (sebab boleh adjust). Tapi harga dalam buku RM300 kalau tak silap. Jam 12.15malam kami check in. 

Bilik VIP di Chalet Sri Tanjung, Air Papan ini merupakan rumah, Ada ruang tamu yang mempunyai TV, Astro, Penghawa dingin, Peti sejuk dan sebuah katil bersaiz Queen. Bilik tidur pula 2 unit menggunakan kipas dan kedua-dua unit bilik mempunyai katil bersaiz Queen juga. Dan Bilik air. Nak Tau lebih lanjut, Sila hubungi talian 07-7994780
(Promote ni)


Di sini lah kami menginap, Chalet Sri Tanjung
Ada ruang/ hall yang agak besar
Ada TV, Astro & Penghawa Dingin
Ada Peti Sejuk
Bilik 1
Bilik 2
Macam biasa aktiviti pagi biasanya keluar awal ke persisiran pantai, tapi kali ni kami keluar jam 7.15 pagi, matahari terbit dah terlepas. Aktiviti yang kami lakukan ialah memancing. Nasib baiklah dapat hasilnya. Tengok tu.

Permandangan di pagi hari
Joran-joranku
Hasilnya....Gelama

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami pun pulang ke chalet, tengok-tengok Wak Din dah beli sarapan kami berempat . Menu sarapan ialah Nasi Lemak, Kueh Ubi ketuk & Epok-epok. Selepas sarapan, kami pun bersiap untuk Check out.

Selepas check out jam 12.00 tengahari, kami ke kedai menjual hasil laut di kedai Haji Putih. Kami boleh suggest kawan-kawan ke sini untuk membeli keropok kering, keropok lekor dan macam-macam produk hasil laut. Kami macam biasa membeli keropok lekor yang kecil-kecil tu. Kalau nama popular sekarang mereka namakan ‘keropok sosej’

Nak beli keropok sosej
Suasana kedai Haji Putih
Siap membeli, kami singgah di rumah wakdin sebentar di Taman Nakhoda, Mersing sebelum pulang. Lebih kurang jam 2.00petang, kami bertolah balik ke rumah kami.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget