Kawan-kawan

Carian

Khamis, 27 Januari 2011

Anggur & Pergola


Salam bahagia,
Ruangan anggur ini bercerita tentang pokok anggur yang di tanam.
 


01 Jun 2009
Pada lawatan kami ke Cameron Highland 1st time, Aku beli sepasu anak pokok anggur yang dibeli dari Uncle Sam Farm. Jenis IAC kot, warna hijau bila matang/masak. hmm.. macam mana agaknye nak tanam anak pokok ni di rumah nanti....



13 November 2009

Hmm..tu dia!!.... ini le pokok anggur yang dibeli pada 01 Jun 2009. Masa beli ade 2 keratan dalam 1 pasu. Hasilnya dapatlah 2 pokok di alihkan ke dalam
polibag hitam. Medium tanaman adalah campuran pasir dan tanah hitam cap Tesco yang RM 1.18 sepeket. Baja pun guna baja tahi kambing cap Tesco. Alhamdulillah pokok membesar tanpa masalah. Tengok tu.... dah sampai mencecah Kabel elektrik rumah. Ni kena buat sesuatu  untuk menangani masalah tumbesaran pokok anggur ni. Hmmmm......



 22 November 2009

Haa... aku buatkan para2 / pergola yang tak seberapa ni untuk menampung pokok anggur aku merayap. Modal beli kayu & paku semua lebih kurang RM 70.00. Ketinggian pergola ni setinggi 7 kaki. Pergola ini akan ku warnakan dengan warna putih..



22 November 2009

Dah siap pun pergola anggur ku diwarna dengan warna putih. Tempat pun telah susun. Tengok tu pokok anggur aku telah dialihkan ke dalam pasu. harga pasu tu RM 10.00 seunit. Aku beli 2 pasu sebab ade 2 pokok. Satu pokok dah melepasi tahap top of the pergola. kira die dah boleh merayap kat atas tu.

Tempat/pergola pun sudah siap, pokok pun telah disusun. Tinggal nak maintain untuk pembesaran pokok ni seperti siram, baja dan kawalan serangga & penyakit.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget