Kawan-kawan

Carian

Isnin, 23 April 2012

Pancing di Perairan Sg Gelang Patah. Johor.

Semalam ( Ahad, 22 April 2012 ) Kami berkesempatan pergi memancing di sekitar sungai perairan Gelang Patah. Johor. Ahlinya Hj Kamal, En Fauzi & Esa. Bertolak pada jam 7.20 pagi dari jeti (Dapur Arang) Gelang Patah. dengan menaiki bot Hj Kamal. Kami pun memulakan pengembaraan. Masing-masing di lengkapi dengan 2 batang joran, berumpankan dengan Umpun-umpun, dan berbekalkan dengan Mee Hoon Goreng, Mee Goreng dan Roti Kaya sebagai makanan alas perut sepanjang sesi memancing. 

Lihat Gambar di bawah antara permandangan sepanjang Sungai di Gelang Patah. Ada Kelong Ikan, ada Hutan Paya Bakau dan Pelabuhan Tg Pelepas. 


Bot yang kami naik. Perjuangan bermula.
Kelong Sangkar Ikan di sekitar perairan Gelang Patah.
Pelabuhan Tg Pelepas (PTP)
Gambar sepanjang sesi kami memancing. Tangkapan pertama En Fauzi naikan Ikan duri 2 kali. lepastu barulah bergilir-gilir Hj Kamal & Esa naikan ikan Sembilang dan campur-campur. Rasanya ade 5 tempat/lubuk yang kami berlabuh. Keadaan air hari ini orang kata "Air arus perlahan" jadi ikan agak payah sikit nak ada. Tapi Alhamdulillah... Ada rezeki kami.


Tangkapan pertama. En Fauzi dengan Ikan Durinya
Tangkapan Pertama Esa, Ikan Sembilang.
En fauzi pun dapat ikan Sembilang
Esa dapat Ikan Sembilang lagi
Esa dapat Ikan Kerapu. Boleh tahan...
Hj Kamal merangung Ikan Pari & Ikan Tanda

Hasil keseluruhan pancing
Lebih kurang jam 4.15 ptg, kami pun pulang. Hasil tangkapan keseluruhan 1 ekor ikan Kerapu, 1 ekor ikan Tanda, 1 ekor ikan Pari, 1 ekor ikan Beliak Mata, 8 ekor ikan Sembilang, 2 ekor ikan Usat, Beberapa ekor ikan duri dan beberapa ikan Gelama (seperti gambar di atas) Sebelum balik, kami minum air kelapa muda di rumah Hj Kamal. Lega rasanya.

Air Kelapa muda

Alhamdulillah. Perjalanan selamat. Nak cerita pasal pancing lagi, sila click sini Menarik di Slot Pancing. Sekian sahaja. Terima Kasih
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

  1. wah srronok nya dpt naik bot dan memancing.kat laut pendas tu ke tempatnye.-LIZA

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...