Kawan-kawan

Carian

Isnin, 28 Februari 2011

Ayer Hitam, Johor.


Ahad,17 Februari 2011
Ayer Hitam, Johor.


Hi Kawan-kawan, Ahad lepas kami menghadiri majlis perkahwinan kawan di Kg Jorak, Bukit Pasir. Muar. Sungguh meriah majlis perkahwinan kawanku Nirhana & suaminya. Semasa dalam perjalanan pulang, kami singgah di pekan Ayer Hitam, Johor. Kami tiba di pekan Ayer Hitam ni lebih kurang jam 7.45 malam.

So, nak cerita serba sedikit, Pekan Ayer Hitam terkenal dengan tembikar seramiknya. Selain dari tembikar seramiknya, produk-produk berkaitan seperti barangan cenderahati majlis perkahwinan, makanan, buah-buahan tempatan dah hasil kerja tangan tradisional juga menjadi hidangan untuk orang ramai membeli belah ataupun mencuci mata. Rasanya kalau kaum ibu melalui susur jalan Ayer hitam ni, pasti terbeliak biji mata melihat panorama kedai-kedai  di tepian jalan raya yang meragakan kelengkapan perhiasan rumah... ‘’tu pun kalau kaum ibu ni tak tido dalam kereta lahh... ‘’



Seramik
Seramik juga

Untuk ke pekan Ayer Hitam ini, jika melalui Lebuhraya PLUS, dari susur keluar Ayer Hitam sejauh 2 KM ke kiri. Dari susur keluar Machap pula sejauh hanya 7 KM ke kanan. Jadi. Marilah ramai-ramai melawat Ayer Hitam, Johor ini. Nikmatilah panorama yang kami sempat ambil.....Have fun.

Kedai menjual sayuran tempatan
Tini di kedai cenderahati
Permandangan deretan kedai di Ayer Hitam
Cenderahati majlis perkahwinan pun banyak dijual di sini
Kami ke sini nak mencari pasu seramik untuk perhiasan rumah. Cari punya cari, jumpalah sepasang pasu seramik dengan harga RM 39 sepasu ade 10% diskaun pula. Jadi sepasu dapatlah RM 35.10 je. Pasu tersebut pun kami bawalah ke kediaman kami.

Inilah pasu ceramik yang kami beli
Jika anda ada cerita barkaitan Ayer Hitam ini, silakan kongsi bersama di ruangan komen di bawah ini. Sekian. Cuti-cuti Malaysia.










Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget