Kawan-kawan

Carian

Selasa, 27 Julai 2010

Zoo Melaka & BTN

Baru sampai di Zoo
12 Julai 2009


Ni nak cerita pengalaman kami menjalani kursus BTN. Kami menjalani kursus BTN di Air Keroh D'village Training Centre. huh... Tempat macam resort, menginap dalam bilik, berhawa dingin. Tak payah nak berebut bilik air sebab dalam bilik ade bilik air. Cuma kami kena duduk 4 orang sebilik.Tapi tak ape, semua kawan2 ramai dari kawan2 masa induksi di Mersing lalu.


Badak Sumbu tu...
Cita pasal kursus BTN...... biar lah. Ni aku nak cita pasal aktiviti kembara kami. Kami semua diberi peluang oleh trainer kami iaitu Pak Ripin yang mendapat kebenaran dari ketua program ni. Kami diberi pilihan sama ada nak merentas hutan atau nak ke Zoo Melaka yang jauhnya 1km je dari tempat kami kursus, tapi kena kutip RM5 sahaja seorang untuk tikit masuk. Sebenarnya tikit RM10 seorang. Tapi sebab pihak urusetia membuat surat untuk masuk membuat lawatan beramai2, pihak Zoo Melaka bersetuju untuk memberi diskaun kepada kami. ...Terima kasih kepada pihak Zoo Melaka.



Burung Kakak Tua
Penerangan tentang Kakak Tua
Setelah berjalan beramai2 ke Zoo Melaka lebih kurang 20 minit, kami pun sampai ke Zoo Melaka tu. Ini adalah kali ke2 aku masuk Zoo. Pertama dulu aku masuk Zoo Johor masa aku sekolah Tadika.... lama tu... Aku dan Tini sempat lah snap beberapa gambar di dalam zoo tu. Haa, banyak maklumat yang kami dapat tentang haiwan dalam zoo tu ( macam ayat karangan PMR pulak) . Lepas tu, Ingat aku & Tini nak naik tramp/keretapi mini dalam zoo tu.Tunggu punya tunggu, lama sangat.... aku & Tini pun jalan kaki kelilingi laluan zoo tu. Perghh... agak luas juga le jalan dalam zoo ni. Kami diberi masa keluar pada jam 6.00ptg. Maklum lah, petang dan malam ade aktiviti berjadual. Setelah kami berkumpul untuk pulang, kami pun berjalan dan terus ke dining hall untuk makan petang dan bersiap untuk berjemaan magrib nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget