Kawan-kawan

Carian

Isnin, 23 Mei 2011

Pantai Cenang,Langkawi.

Episod 3. Percutian di Pulau Langkawi.

Pantai Cenang memang terkenal sebagai tempat aktiviti beriadah terutamanya mandi manda lah. Airnya jernih menghijau, tenang, landai dan terdapat pelbagai kemudahan aktiviti riadah dan sukan seperti banana boat, jetski dan para sailling. Tempat penginapan kami Langkapuri Inn pun terletak di sini.












Di Pantai Chenang juga terdapat menara pemantau JPAM ( Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Sekira ada apa-apa berlakunya kecemasan atau kemalangan, pihak JPAM sedia membantu. Jadi, secara tidak langsung, JPAM memainkan peranan penting bagi memantau keselamatan orang ramai di pantai ini. Terima kasih kepada kakitangan JPAM.

Selain dari kemudahan sukan dan aktiviti air serta JPAM. Di sepanjang Pantai Cenang juga terbapat kemudahan lain seperti kedai runcit, kedai makan, kedai cenderahati, Hotel, Resort, Chalet dan tempat-tempat menarik seperti Underwaterworld Langkawi. Semuanya ade di sepanjang jajaran Pantai Chenang ini.

Jadi, aktiviti petang hari pertama kami ialah, mandi manda. Weiiiiii..... mandi laut yuk...












Baiklah kawan-kawan, nantikan post akan datang. Bersambung…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...