Sempena hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55tahun, kami sekeluarga sekali lagi pergi ke Pusat Memancing & Chalet Teluk Bayu, Sg Petani. Kedah.
Dulunya kami pun telah ke sini pada hari kemerdekaan 2009 yang lalu. Tujuan kami ke sini ialah untuk berehat sambil memancing. Kami check in di sini lebih kurang jam 3.30 petang. Setibanya kami di sini, abah menelefon En Syukri untuk mengambil kami di jeti.
 |
Parking kereta. |
 |
Permandangan |
 |
Bot yang kami akan naik |
Peralatan yang kami bawa seperti biasa set joran dan tambahan kami bawa tangkoi ketam. Cuba nasib... umpan kami pakai kepala ayam. Antara ikan yang kami tangkap ialah Ikan Kekek, Ikan Kapas, Bolos-bolos@Puting Damak dan Gelama. tapi majoriti yang dapat ialah Bolos-bolos@Puting damak. Tidak lupa kami dapat seekor ikan buntal. tengok gambar di bawah apabila ikan buntal terasa stress. Oh ya! Ketam kalau nak diikutkan lebih kurang 7-8 ekor dapat, tapi yang boleh di makan hanya 2 ekor ketam nipah.
 |
Tangkoi ketam |
 |
Deretan joran |
 |
Tini dapat ikan Kekek |
 |
Abah pegang ikan Buntal |
 |
Bolos2-bolos@Puting Damak. Kekek & Kapas |
 |
Tangkapan sehingga tengah malam |
 |
Ketam Nipah |
Masa kami nak chck out pada jam 12.00 tgh (01 September 2012) Semuanya berjalan lancar. Lupa pulak nak bagitahu ahli yang ke sini. Abah, Mak, Esa, Tini, Jiji, Linda, Ila dan Adik Nurul. Semasa perjalanan pulang ke Alor Setar lebih kurang sejam lebih juga perjalanan. Maklumlah, tengah-tengah perjalanan ramai yang buat kenduri dan open house hari raya. Tu yang jalan agak lambat sikit. Anyway, terbaik...
 |
Bersiap sedia nak balik |
 |
Selamat tinggal Chalet Teluk Bayu, Sg Petani. Kedah. |
Sampai di sini sahajalah.cerita kali ini.Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan