Kawan-kawan

Carian

Isnin, 31 Januari 2011

Anggur Berbuah

Tini bergambar di bawah rimbunan pokok
Inilah rupa  Pokok Anggur ku setelah setahun aku tanam. Tengok tu, dah merayap atas mini pergola yang aku bina.Nampak kecil pulak pergola aku ni. Tak mengapalah, lain kali akau ada masa akan ku bina pergola lain untuk anggur ni merimbun. Ok lah,  Anggur ini jenis IAC, buah bila masak warna kekuningan. Mula-mula aku tanam 2 pokok di dalam pasu. Kira berjayajuga lah membuatkan anggur IAC ni berbuah walaupun di tanam dalam pasu. Tapi tu lah… kena sering siram & baja ikut waktu. Adalah beberapa kali pokok anggur ni kering tak bersiram 4 – 5 hari pasal rumah tiada orang. Tapi nasib baik boleh survive walaupun ade ranting yang kering.


Dahan menjalar dengan cepatnya. Di celah daun ada puti buahnya.
Mula pokok anggur ni berputik bila aku mencari maklumat dari internet. Antaranya aku mendapat maklumat dari anggurmalaysia@yahoogroup.com. Banyak maklumat pasal tanaman anggur di situ. Terima kasih buat orang di balik tabir anggurmalaysia ini.
Antara Gugusan buah pertama
 
Setelah umur pokok anggur ku setahun dari tarikh pembelian, aku pun membubur baja (Baja pembuahan warna merah cap Tesco). Masa ni yang aku seram sikit nak bubuh baja pasal pokok aku dalam pasu. Kalau terlebih, boleh mati kepanasan pokok ni. Jadi aku bubuh baja di sekeliling bibir pasu itu. Adalah setiap pasu aku bubuh 2 sudu setiap pasu.
Pas tu aku biarkan untuk tempoh 20 hari.

Antara gugusan buah pertama.
Setelah 20 hari selepas dibaja dengan baja buah, aku prun (Cantas). Aku buang semua daun-daun, dahan-dahan yang muda dan ranting-ranting yang mati kekeringan. Agak was-was juga masa prun ni. Tapi kita kena buat kalau nak pembuahan berlaku. Mak dan jiran-jiran Tanya aku kenapa dibuang semua daun ……..sayang katanya daun dah lebat. Aku bagitahu mereka kalau nak berbuah, kenalah buang semua daun. Dah habis aku prun semua daun-daun. Saja gatal-gatal tangan bubuh lagi sesudu baja pada setiap pasu pokok ni. Bukan ape, sebab tanam dalam pasu takut kurang nutrien dalam tanah tu. Kalau tanam di tanah lainlah. Akar boleh cari nutrient & air sendiri. Setelah proses prun dibuat, keesokannya kami pun pulang ke kampong Alor Setar, Kedah selama seminggu.


Putik Buah
 
Setelah seminggu berlalu apabila balik dari kampong Alor Setar, aku pun terus meninjau pokok anggur aku tu. Tengok dari jauh, ….wah!!! pucuk-pucuk baru kelihatan merah-merah warnanya. Setelah aku belek pokok dekat-dekat. …Hmmm aku nampak ada putik-putik bunga anggur telah menjelma. Aku kira-kira ada 8 jambak putik bunga. Yeah… sukanya aku sebab pokok anggur telah mengeluarkan tanda-tanda hasil. Mengikut maklumat, buah anggur AIC ni masak 100-110 hari dari tarikh prun. Kira-kira 3 bulan lah. Mengikut kalender, buah pertama ni masak/matang masa Raya Aidilfitri.

Hmm… tak sampai Raya Aidikfitri, Pertengahan puasa dah kuning buah ni. Ape lagi, jiran-jiran dapat lah merasa sedikit. Maklumlah 1 jambak tu dalam 8-12 biji je buahnya. Keputusannya, puas hati.Rasa buah manis. Gambar buah anggur telah masak seperti gambar di bawah.


Ni dia buah anggur apabila masak/matang.



Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget