Assalamualaikum. Masih belum terlambat rasanyan kami nak ucapkan kepada pengunjung blog terajubintang7 ini "Selamat menyambut dan beramal di bulan Ramadhan". Baiklah, sebenarnya hari ini barulah ada kesempatan nak post entry baru di blog terajubintang7 ini. Bukannya apa, sepanjang bulan Ramadhan ini, kami berniaga kecil-kecilan di bazar Ramadhan terletak di tepi Kuaters CIQ, KSAB Tg Kupang, Gelang Patah. Johor.
-->
Di sini, tak lah banyak gerai. Adalah 12 gerai sahaja. Antaranya dari hujung, (Gerai no1) jual Lemang, (Gerai no 2) jual Nasi Campur, (Gerai no 3) jual Murtabak,(Gerai no 4) jual Air Minuman, (Gerai no 5) jual Nasi Kerabu dan Akok, (Gerai no 6) jual Nasi Campur/Nasi Beryani, (Gerai no 7) jual Nasi Campur + Air, (Gerai no 8) Gerai kami, (Gerai no 9) jual Kuih Muih + Roti Jala + Rojak Mamak + Jeli Kelapa + Puding (Gerai no 10) jual Nasi Kerabu + Makanan selera pantai timur (Gerai no 11) jual Air Tebu, (Gerai no 12) jual Roti John, (Gerai no 13) jaul aneka mee goreng, tauhu sumbat & Air.
 |
Suasana Bazar (Sebelah kanan kami) |
 |
Suasana Bazar (Sebelah kiri kami) |
Apa yang kami niagakan, haa... Ini lah gerai kami. Berkedudukan di tengah-tengah. Menu dagangan kami ialah Ayam Percik, Sata dan Otak-Otak. Kadang-kadang, ada Puyu Percik ( susah dapat stok) , Boleh dikatakan konsepnya semua dibakar/panggang atas bara api. Kira gerai yang berasap tu, gerai kami lah. Purata stok yang kami bawa untuk jualan dalam kuantiti yang sederhana. Setiap hari kami akan membawa sebanyak 40 ketul Ayam Percik, 50 cucuk Sata dan 50 pcs Otak-Otak. Alhamdulillah, dagangan kami ngam-ngam hari-hari habis. kalau tak habis pun, 3 - 5 ketul sahaja.Harga dijual dengan Ayam Percik RM 3.00 /ketul. Sata RM 2.00 /cucuk, dan Otak-Otak RM 1.00 /2pcs.
 |
Tini & Zul ( esa sedang ambil gambar) |
 |
Dagangan kami |
 |
Ayam Percik |
 |
Sata |
 |
Otak-Otak |
 |
Ayam Panggang yang belum di percik sambal |
Inilah permandangan di belakang gerai kami. Apa lagi, set pembakar lah. Setiap hari kami akan menggunakan lebih kurang 5 kg arang untuk pembakaran. Biasanya, Zul akan menjaga bahagian panggang-memanggang dan aku akan menjaga di barisan hadapan sebagai pegawai pemasaran dan perkhidmatan pelanggan dan juru wang. Ini semua untuk menjamin kelancaran operasi perniagaan kami.
-->
 |
Dagangan sedang di bakar / panggang |
 |
Ayam |
 |
Sata |
Tidak lupa juga, kanak-kanak bermain di belakan gerai. mereka ini semua anak-anak peniaga gerai yang menceriakan suasana di kawasan gerai kami ini.
 |
Sedang main bunga api Pop-Pop |
 |
Kanak-kanak riang |
-->
Sekian sahaja kisah kami dan bazar ramadhan 1433H / 2012.Terima kasih kepada pelanggan yang membeli menu dagangan kami. Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan