Kawan-kawan

Carian

Rabu, 25 Mei 2011

Cable Car, Langkawi. Malaysia.

( Isnin, 16 Mei 2011 )
Hi kawan-kawan. Bersambung lagi kita di sini, setelah menceritakan apa yang ada di Orieantal Village, Langkawi Geopark, ni nak cerita pulak salah satu produk perlancongan yang juga terdapat di Orieantal Village, Langkawi Geopark iaitu Langkawi Cable Car ( Kereta kabel). 

-->


Serba sedikit fakta tentang Kareta Kabel langkawi ini. Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, Kereta kabel ini mula dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland. Dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records. ( Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kereta_kabel_Langkawi )

-->



Baiklah, Mula-mula kami beli tiket untuk 3 orang. Untuk pengetahuan kawan-kawan. Pada ketika ini kami beli tiket harga penuh iaitu RM 30.00 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Menurut kata staff penjual tiket itu, dah tiada diskaun ½ harga untuk warga negara Malaysia lagi. Setelah itu, kami terus beratur untuk menaiki gondola untuk menaiki level / perhentian pertama. Memang tinggi. Akhirnya merasa juga kami menaiki Kereta Kabel Langkawi ini.






Masa yang di ambil dari stesen bawah ke perhentian pertama mengambil masa lebih kurang 3 -4 minit rasanya. Permandangan yang dapat dilihat dari atas gondola ialah kawasan Oriental Village, air terjun Telaga Tujuh dan panorama alam iaitu hutan dan lautan.

Tengok ni permandangan baru sahaja kami berlepas dari stesen bawah nak ke perhentian pertama. Di dalam gondola haruslah mematuhi amaran-amaran yang diberikan oleh pihak pengurusan bagi menjauhi risiko berbahaya dan tidak diingini. Maklumlah, tempat tinggi.






Tu dia Perhentian pertama. Apa yang ada di sini? Kawan-kawan bolehlah menikmati permandangan yang memukaukan. Di sini juga tersedianya kemudahan awam seperti tandas dan surau. Kawan-kawan bolehlah menikmati pengalaman di perhentian pertama ini.






Setelah itu, kami teruskan pengembaraan ke perhentian terakhir iaitu perhentian di puncak Gunung Mat Chinchang. Masa yang di ambil dari perhentian pertama ke perhentian terakhir ini lebih kurang 2 minit. Apa yang ada di puncak ini?. Haa... di puncak ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Viewing deck yang berada di atas dan Hanging Bridge (Jambatan tergantung) yang terletak di bahagian bawah. Kami mengambil keputusan untuk ke Viewing deck dahulu.







Di Viewing deck anda boleh melihat permandangan dari ketinggian 705 meter. Haa... tinggii!!! Di sini terdapat gerai kecil menjual makanan ringan. Bolehkah kami merasai memakan aiskrim dan minuman di tempat tinggi ini. Setelah menikmati permandangan dari ketinggian 705 meter ini, kami meneruskan perjalanan ke Hanging bridge pula di bahagian bawah.











Untuk ke Hanging bridge ( Jambatan gantung), kami perlu menyusuri denai menuruni gunung yang tersedia anak tangga. Perghh... kalau kurang stamina, memang pancit. Sebelum turun ke Jambatan gantung, pastikan cuaca elok. Tengok amaran di papan tanda ini. Perjalanan lebih kurang 300 meter rasanya untuk ke Jambatan gantung ini.



Bila sampai di plantar Jambatan gantung ini, Kami boleh katakan Wah!!! memang cantik dan hebat pembinaan Jambatan gantung ini. Kawan-kawan tengok sahaja gambar ini. Kami pun melintasi jambatan gantung ini untuk pergi ke hujung sana. Kadang-kadang terasa goyang juga atas ini.









Setelah puas berada di jambatan gantung ini dan ambil beberapa gambar kenangan, kami pun mulakan perjalanan pulang ke perhentian di puncak tadi untuk menaiki gondola turun ke stesen daratan. Untuk ke stesen di puncak, kami mendaki menyusuri anak tangga tadi.
Setelah sampai di perhentian di puncak, kami pun terus menaiki gondola turun ke bawah. Pengalaman yang memuaskan, apabila menaiki Kereta kabel Langkawi dan menakluki Gunung Mat Chinchang. Jadi, kami syorkan sesiapa yang belum mencubaya, cubalah.







Bila sampai di bawah, kita kena pulangkan kad tiket kepada pihak pengurusan. Bagi sesiapa hendak membeli cenderahati, di stesen bawah ada menjual pelbagai cenderahati sebelum anda melangkah keluar dari stesen bawah Kereta Kabel Langkawi ini.




Bersambung di post berikutnya...

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget