Kawan-kawan

Carian

Rabu, 6 Julai 2011

Review blog terajubintang7 sempena ulang tahun ke2.

 Salam bahagia buat kawan-kawan blogger dan para pembaca misteri blog terajubintang7 ini. Post ini dibuat kerana pada tarikh hari ini 06 Julai 2011 merupakan ulang tahun blog terajubintang7 yang ke 2 tahun. Tak sangka dah 2 tahun blog terajubintang7 ini beroperasi. 




Namun begitu, kami nak buat beberapa review berkenaan blog kami ini. Pada asalnya, blog ini kami menamakan nasilemak, kemudian diganti dengan terokabintang. Ketika menggunakan kedua nama ini, kami kurang aktif berblogging dan updated post-post terbaru. tidak lama kemudian, dan kami menukarnya kepada nama
terajubintang7. Ketika ini barulah kami aktif berblogging dan updated post-post yang difikirkan sesuai.Purata besar blog terajubintang7 ini menceritakan tempat-tempat menarik,aktiviti riadah dan makanan di serata tempat yang kami lawati, selain dari tanaman anggur. 

Itu antara sejarah blog terajubintang7, sekarang blog kami di lawati/dilihat oleh seramai 10,000 (Baru mencecah semalam) mengikut sumber kaunter pelawat kami. Kawan-kawan yang sudi menjadi follower pula baru mencapai 36  orang. terima kasih kawan-kawan yang sudi mengikuti blog terajubintang7 ini. 

Akhir sekali, kami ingin kawan-kawan review semula post kami yang pertama. Klik link di bawah yang merupakan hasil gaya penulisan dan post kami pada mula-mula kami berblogging yang diterbitkan pada 06 Julai 2009. Diharap kawan-kawan dan para pembaca dapat memberi maklumbalas dan komen berkenaan post pertama kami ini di ruangan komen.



Sekian, Terima kasih ke atas sokongan anda.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget