Kawan-kawan

Carian

Ahad, 25 Julai 2010

Tioman & Induksi

Tempat kami menginap
18 - 19 April 2009

Sebenarnya ketika ini, waktu kursus induksi. masa aktiviti kembara (penghujung kursus) kami & semua rakan2 peserta kursus dibawa ke Pulau Tioman. Kami & kawan2 bermalam di Persona Island Resort, Kg Tekek. Tioman. Macam2 aktiviti yang tersusun kami harungi.
18 April 2009 Jam 0130pg,
kami & kawan2 bertolak dari Hotel Seri Malaysia, Mersing ke Jeti penumpang Mersing untuk menaiki ferri ke Kg Tekek, Tioman. Bila duduk je dalam ferri tu, rasanya 80% kawan2 termasuk saya terlelap. Mana tidaknya, waktu siang hingga 11.00mlm kami dipenuhi agenda kursus yang berjadual. Kira-kira 2jam Jam 4.00pg, kami sampai di jeti Kg Tekek. Kami terus keluar dari feri dan dibawa terus ke Challet untuk berehat.

1st time snorkling
Gambar bersama di atas bot
Tengah pilih Jaket keselamatan
Cristal clear water .Nampak ikan berenang-renang... gerammmmnyeer!!!
Jam 07.00pg, kami telah dihidangkan sarapan pagi. Menu Nasi Lemak & Mee Hoon dan Mee Goreng. Jam 9.30pg kami bersedia untuk aktiviti pertama kami iaitu Snorkling. kami menaiki bot 2 tingkat untuk ke destinasi snorkling. Brader tokey challet siap bawak bekalan makanan sarapan pg td yang xhabis. katanya..."biasanye nanti kat laut, perut lapar." betul kata brader tu. rupa2nye ramai yg x sarapan pg td. Terima kasih brader. 3 tempat kami di turunkan iaitu monkey bay, Taman Laut & Pulau ape ntah namanye. Aku sempat turun di Monkey bay je, yg lg 2 tempat .... xlarat. lebih kurang Jam 4.30ptg, kami pulang ke challet.

Tini menyumbangkan sebuah lagu

Jam 08.30mlm. Aktiviti seterusnya BBQ & Karaoke. Rupe2nye kawan2 kursus ni ramai yang boleh menyumbangkan suara. Aku pun sumbangkan suara aku dgn lagu Rozana Kump Search. Tini pun nyanyi 1 lagu.. ape ntah tajuknye. Jam 12.15 aku dah xlarat, terus masuk ke bilik. dieorang yang power nyanyi sambung nyanyi hinggan jam 2.00pg kot!

19 April 2009 jam 5.00pg, kami semua sedia untuk pulang ke Mersing. lebih kurang jam 7.30pg kami sampai di jeti mersing. Terima Kasih Cik Rostini kerana merancang aktiviti yang tidak boleh dilupakan sepanjang kursus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget