05 Ramadhan 1432H / 05 Ogos 2011
Assalammualaikum dah Hi buat kawan-kawan. Selepas entry Bazar Ramadhan yang pertama kami lawati iaitu Bazar Ramadhan @mart Kempas, dan Bazar Ramadhan ke-2 yang kami lawati iaitu Bazar Ramadhan Gelang Patah, kali ini kami ingin berkongsi berjalan-jalan di Bazar Ramadhan Bandar Baru Uda (BBU) , Johor Bahru pula.

Bazar Ramadhan BBU terletak di Jalan Padi Mahsuri 12. Lebih senang lagi dekat MPC atau Bangunan Hijau. Agaknya apa yang best di sini?
Macam-macam ada, Nasi campur, Murtabak,Kuih Muih, Ayam Bakar, Ayam Percik, Ikan Bakar, Pelbagai Sup & Bone Steak, Air dan Mat Corner Nasi Ambang ( Famous di BBU) pun ada.
Tak nak banyak cerita, Gambar di bawah menceritakan segalanya.
Jalan Padi Mahsuri 12 |
Deretan gerai |
Gerai jual rojak |
Pelbagai kuih bakar |
Tengok tu ayam bakar di atas pemanggang |
Pelbagai kuih muih. |
Mat Corner Nasi Ambang |
Pan & Abang2 sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan |
Di Bazar Ramadhan BBU ini, kami beli Roti John Daging RM 5.00, Kuih Popia Basah 5 biji RM 2.00 Kuih Cream Puff 6 biji RM 2.00 dan Air Mata Kucing, Air Kelapa & Air Teh Bunga RM 1.00 setiap satu.
Baiklah, sampai sini sajalah cerita Bazar Ramadhan BBU, Johor Bahru ini. Jumpa di entry akan datang dengan Bazar ramadhan di tempat lain. Sekian
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.