07 Ramadhan 1432H / 07 Ogos 2011
Assalammualaikum dah Hi buat kawan-kawan. Selepas entry Bazar Ramadhan yang pertama kami lawati iaitu Bazar Ramadhan @mart Kempas, Bazar Ramadhan ke-2 Bazar Ramadhan Gelang Patah, Bazar Ramadhan ke-3 Bazar Ramadhan Bandar Baru Uda (BBU), kali ini kami kongsikan suasana di Bazar Ramadhan Taman Perling , Johor Bahru pula.

Bazar Ramadhan Taman Perling dulunya terletak di sepanjang jalan menghadap Pasar Besar Taman Perling. Namun, kali ini tempatnya berubah sedikit kedudukannya iaitu terletak di tempat letak kereta Perling Mall. ( Masih menghadap Pasar Besar Taman Perling). Agaknya apa yang menarik di sini?
Ha... konsep susunan kemah bazar disini umpama berkumpul, jadi, peniaga akan berhadapan dengan peniaga lain. Macam-macam ada, boleh dikatakan gergasi-gergasi bazar Ramadhan meniaga di sini. Nasi Beryani Batu Pahat sahaja ada 2 peniaga, belum lagi peniaga nasi beryani lain, Deretan Tong-tong yang menjual air, Dapur arang membakar ayam, Selera pantai timur dan lain-lain lagi. Fuhhh!!! memang kalau tak kuat iman, semua nak dibeli.
Tak nak banyak cerita, Gambar di bawah menceritakan segalanya.
Bazar Ramadhan Taman Perling, Johor Bahru |
Kemeriahan orang menjual dan membeli |
Pelbagai bangsa membeli di Bazar Ramadhan. Semangat 1 Malaysia. |
Ayam Percik |
Tengok tu susunan gerai |
Promosi gerai masing-masing |
kami beli Nasi kerabu di sini |
Menu kali ini, kami membeli Nasi Kerabu (ikan goreng + telur masin) harga RM4.00, Nasi putih + Ikan Cencaru sumbat + sayur asam batang keladi harga RM6.30 dan Cream Puff 5 biji RM 2.00.
Baiklah, sampai sini sajalah cerita Bazar Ramadhan Taman Perling ini. Jumpa di entry akan datang dengan Bazar ramadhan di tempat lain. Sekian
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.