Khamis, 15 September 2011

Jagung Segar Di Gurun, Kedah

Salam buat kawan-kawan. Sudah lama kami tak buat entry baru. maklumlah sudah berlalu bulan Ramadhan dan sedang menjalani bulan Syawal pula.



Baiklah, Entry kali ini kami nak cerita tentang daerah Gurun, Kedah. bukan nak cerita pasal geografinya, cuma nak cerita tentang produk pertanian utama di sini iaitu Jagung. Di Gurun memang terkenal dengan jagugnya, buktinya, sepanjang jalan utama Gurun, tersergam beberapa gerai yang menjual menu utamanya jagung. Macam-macam ada seperti jagung bakar, jagung dalam cawan dan jagung fresh. selain produk jagung, terdapat juga produk sampingan yang dijual seperti air nira nipah dan pekasam. 

Jadi, bila anda melewati jalan di Gurun, silalah membeli dan merasai jagung yang segar dari ladang. Sekian.

Deretan gerai di sepanjang jalan di Gurun, Kedah.

Gurun, Kedah.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.