Papan tanda restauran |
Hi kawan-kawan. Hujung minggu yang lepas iaitu hari Sabtu dan Ahad, kami telah ke Mersing bersama kawan kami iaitu Wak Din & isterinya untuk merehatkan minda. Jadi, perjalanan dari JB bermula 5 petang, sampai ke Mersing lebih kurang jam 8.30 malam. Tempat yang kami tujui mula-mula ialah sebuah restaurant masakan cina muslim. Tempatnya berkonsepkan “rumah adalah restaurant”
Apa yang boleh dikatakan rumah ni rumah klasik, hiasannya unsur-unsur cina, masakan dan menu pula, seafood lah. Menu yang kami pesan ialah Nasi putih, Ikan Siakap masak 3 rasa, Tomyam campur, Sayur Khailan ikan masin. Rasanya ala-ala ‘chinese cook’ lah.
Baiklah, di sini kami sempat mengambil beberapa gambar untuk tontonan kawan-kawan. Sekian.
Pintu utama & tangga menaiki ruangan rumah |
Antara hiasan dalam rumah/restauran |
Antara hiasan dalam rumah/restauran |
Antara hiasan dalam rumah/restauran |
Menu yang kami makan |