02 April 2011
Hi kawan-kawan. Haa, nak cerita ni, anggur batch ke-3 kami ni dah tiba untuk di tuai. “macam banyak je bunyinya” sebenarnya entry kali ini bukan nak cerita pasal anggur yang dah masak tu. Cuma nak cerita selepas anggur tu dipetik iaitu “membaja untuk pembungaan”.
|
nak tuai ni. |
Ok, Anggur terakhir ni dipetik pada 02 April 2011. So, pada tarikh ni kami pun mengambil kesempatan untuk merumput, mengembur tanah dan membuang apa-apa anasir yang tidak diperlukan di kawasam tanaman ini.
|
merumput |
|
Mengembur tanah |
Sambil-sambil mengemburkan tanah, kami mengalihkan sepokok anak anggur yang kami semai lebih kurang tu ke dalam bekas lain khas untuk kawan kami Wak din. “Din, yang ini untuk kau”….
|
Proses mengalihkan anak pokok |
|
Secawan pokok untuk Wak din |
Semasa merumput & menggembur tanah dibuat, kami lihat akar dah berselitrat dipermukaan tanah. Oleh itu, kami fikirkan nak menambah tanah di tanaman ini. Tapi masa tidak sempat kerana hari dah gelap. Baja penggalak bunga pun dah habis. Esok sahajalah kami sambung.
|
Kawasan dah dibersihkan |
|
Keadaan sebelum prunning |
|
Keadaan sebelum prunning |
03 April 2011
Kami membeli tanah hitam & baja penggalak pembungaan. Kami Cuma gunakan 2 peket tanah hitam untuk ditambah ke kawasan tanaman. Kemudian, kami menaburkan baja penggalak bunga (warna merah). Selepas itu, kami pun menyiram.
|
Penambahan tanah |
|
2 peket tanah hitam digunakan |
|
|
|
Pembajaan penggalak bunga | |
|
|
Baiklah. Baja pembungaan pun telah diberi. Kita Cuma tunggu lebih kurang 20 hari
(dalam 23 April 2011) untuk proses yang seterusnya iaitu Prunning. Sekian, terima kasih kerana membaca.