Kawan-kawan

Carian

Sabtu, 22 Disember 2012

Sekitar MAHA & HPPNK 2012: Agrobazaar.

Dari Rumah negeri @ State Pavilions, destinasi terakhir di MAHA & HPPNK 2012 kami lawati dewan pameran dan seterusnya Agro Bazaar sebelum kami pulang ke Johor Bahru. Masa ini kami dah penat rasanya. Gambar pun kurang di ambil. 
-->

Di Agrobazaar ini menempatkan syarikat-syarikat IKS (Industri Kecil Sederhana) dan IAT (Industri Asas tani) tempatan mempromosikan dan memperkenalkan produk mereka kepada orang awam. Macam-macam adalah, dari produk makanan, produk minuman, produk kecantikan, dan mesen ringan pun ada. 

-->
Yang kami tahu, Agrobazaar ini di selia oleh FAMA. Sempat juga kami bertemu dengan seorang rakan yang sedang sibuk bertugas di sini iaitu Firdaus. Tak lama jumpa tapi berbaloi. Bertungkus lumus beliau memastikan kelancaran Agrobazaar ini sepanjang MAHA & HPPNK 2012 ini. 

.

Ha... Apa yang kami sempat beli di MAHA & HPPNK 2012 ini ialah seunit anak pokok mangga kelapa (Dataran Tiba 2), Tebaloi Mukah (Agrobazaar), Kuey Tiow Kerang segera dan laksa utara segera dari syarikat RIZZA BRAND (Agrobazaar) dan WOW Crackers perisa udang dari kedutaan Indonesia (Dewan).
-->

.
.
.

Sekian sahaja post terakhir kami di Sekitar MAHA & HPPNK 2012 ini. Di harap kawan-kawan pembaca dapat sesuatu dari penulisan kami ini. Di harap program MAHA ini akan terus berjaya di masa-masa akan datang. Di bawah merupakan link post berkaitan MAHA & HPPNK 2012 yang terdahulu. Sekian, Terima kasih.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget