Kawan-kawan

Carian

Ahad, 4 Mac 2012

Ketupat Anyaman Daun kelapa.

Ketupat. Antara makanan tradisi. Kalau di sebelah selatan Malaysia, Ketupat anyaman daun Kelapa adalah pilihan utama. Manakala sebelah Utara Malaysia pula, Ketupat daun Palas menjadi pilihan. Selain daunnya yang berbeza, jenis beras juga digunakan berbeza. Bagi ketupat anyaman daun kelapa lebih sinonim mengunakan beras biasa (nasi) manakala ketupat daun palas pula mengunakan beras pulut. Setiapnya ada keenakan sendiri.




Gambar ini diambil semasa menjelang hari raya Aidilfitri tahun 2010. Hmmm... raya di Johor katakan. Tu yang kami menganyam daun kelapa. Seingat kami lauk padanan dengan ketupat ini, kami kenakan dengan kuah lodeh, sambal udang, kari ayam tua, serunding kelapa dan tak lupa, sambal goreng. 

Ketupat setelah selesai direbus.


Cara buatnya, daun kelapa/ pucuk kelapa (muda) diraut buang lidinya. kemudian dapatlah 2 helai daunya untuk dianyam sehingga menjadi kerongsongnya. Setelah itu, diisi beras yang telah dicuci dan ditoskan airnya. Isi  1/3 dari kerongsong dengan beras tersebut dan kemaskan ketupatnya agar beras tidak terkeluar. Kemudian, sediakan tempat merebus dan rebus lebih kurang 4 jam. Semasa merebus, pastikan air rebusan melebihi dari ketinggian ketupat itu. Setelah selesai rebus, Angkat dan susun seperti gambar di atas untuk penyejukan.


p/s: kalau kawan-kawan belum pandai menganyam ketupat daun kelapa. cubalah belajar dari orang yang tahu menganyam. tak rugi belajar.

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

  1. lagi senang buat ktupat daun palas kot

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy service blower aircond kereta

    BalasPadam

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget